Wednesday, February 6, 2019

The Real Helper; Solat dan Sabar


Few weeks ago. Weekend macam biasa, petangnya ‘lepak’ kat ward. Tengok-tengok case apa yang aku boleh study.

Masuk male ward, Lyn yang dah dekat ward mendekati aku. “Have interesting case at bed 11.” Riak muka dia real excited menjadikan aku berganda excited. “what case?” soal aku.

“Upper Gastrointestinal Hemorrhage secondary to suicidal attempt. Dia minum detergent.” Okey.

Bagi aku, case sebegini, bukanlah melihat kepada ‘one of the cause of UGIH is drinking detergent and bla bla’. No, no. Tapi, I’m scared that if the patient turns out to be a Muslim, how I’m going to tackle this problem. How I’m going to treat this patient holistically, cuba mengislahkannya, menyantuninya, akan kenapa dia memilih jalan untuk menamatkan hidupnya. Someone taught me,

Islam itu menyeluruh, bukanlah milik budak sekolah agama sahaja. Bukanlah milik mereka yang hafiz, hafizah sahaja. Tak. Semua lapisan background, bangsa kena mempraktikkan Islam. Nampakkan Islam tu dari semua sudut bidang profesion, bukannya di kuliah-kuliah agama semata. Bukannya di Fakulti Ulum Islamiyyah semata. Kalau bukan kita yang dilahirkan sebagai Islam ini, memasukkan Islam dalam perkerjaan seharian kita, siapa lagi?

Ok. Back to the main idea.

Aku nak share satu catatan Hasan al-Banna.

“Wahai saudara sekalian,
Janganlah kamu berputus asa kerana putus asa itu bukan akhlak orang Islam. Hakikat hari ini adalah impian semalam. Impian hari ini bakal menjadi reality esok. Sesungguhnya ruang masa itu masa luas dan anasir yang sejahtera itu masih kukuh dan gagah di dalam jiwa anak bangsamu yang beriman biarpun kemusnahan begitu menggila. Yang lemah, tidak akan lemah sepanjang hayatnya, dan yang gagah juga tidak akan gagah selama-lamanya.”

A lengthy nasihat, so apa yang kita boleh conclude?

Sebagaimana peritnya hidup harini ini, seteruk manapun kena hentam dek lecturer, superior, sebagaimana sempitnya rezekimu pada harini, jangan. Janganlah berhenti berharap. Dikecewakan sangat perit. Rasa macam a whole world against you. Rasa macam Allah tak sayang.(Astargfirullahal adzim) Aku pernah alami kekecewaan yang teruk. Masa tu aku baru 19 tahun. Surat tawaran dah terima, foundation and interview passed with flying colours. Tinggal buat visa and fly je pergi India. Berkali-kali aku questioned Allah, kenapa jalan hidup aku macam ni. At the same time aku failed untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan kat aku. Terlampau buta untuk bersyukur sebab tengok orang lain dikurniakan nikmat lebih dari diri sendiri. Dan sekarang, aku sangat mensyukuri ketetapan yang Allah atur. Allahuakbar.

“Allah give you more than what you’ve expected”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah: 2:45-46: 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya

Ayat last tu sangat deep. Rasa macam nak menangis bila meniti baris-barisnya..

Anyhow.. Just put your trust in Allah. Tanpa berbelah bahagi. Biarpun perit bagai dihiris pisau tajam.. Pecayalah, ada hikmahnya. Barangkali kau takkan dapat tahu hikmahnya didunia.. barangkali hikmahnya terungkai di akhirat kelak..

Writing with
Love, Sha

Friday, November 30, 2018

To cure sometimes, to relieve often and to comfort always


Assalamualaikum and hi everyone. i write this within 15 minutes and no proof-read pun so sorry for any typos!

Because to cure sometimes, to relieve often, and to comfort always.

29.11.18
It was a very long day biarpun baru jam 11. Gerak pergi hospital jam 7:45am. And I started to review bed allotment. For bed allotment aku dapat dua katil kat male surgical ward. Bukan setakat dua katil, tapi dua2 tu depan kaunter nurse which is critical punya patient lah. Semalam dua2 kosong, hari ni dua2 penuh. Lepas review, fill in kan logbook, gerak ke femal surgical ward. Ada bed-side-teaching. Bed side teaching ni salah satu azab dia is Dr akan Tanya macam2. It is scary. kadang, seminggu sebelum BST tu pun dah start tak lena tidur.

Habis BST, aku pergi clerking patient kat male surgical ward. Review patient2 lain. Lepas rasa kaki cam nak patah tu, dekat pukul 11 am, aku rehat jap sambil tunggu next BST aku pukul 1130. Sebab BST kitorang kat Femal Surgical ward, aku pun tunggu kat situ. Alang-alang tu nak tengoklah jugak procedure apa available.

Pastu ada sorang House Officer tengah withdraw blood kat sorang patient yang baru admitted. The lady is so old already. Since I need another observation for phlebotomy, so aku tunggu lah.
The HO started to talk to the auntie saying, nak ambil darah. Nak tahu apa auntie tu cakap? Auntie tu taknak ambi darah. Nak nak bila Dr cakap Dr nak ambil dari blood vessel kat belakang tapak tangan tu.. which is very painful. Serious tak tipu. Bagi aku pun sakit.

So I don’t know what to do, I speak in mandarin, saying that It’s going to be a while je.

“Oh, you know Chinese? Good, speak Chinese with her”
Suddenly the auntie pegang tangan aku and gengam kuat-kuat. Bila Dr nak cucuk, dia tutup mata rapat2 and genggam kuat tangan aku. Omg, it breaks my heart. Sorry nenek. It hurts. I know. Sudahnya first attempt tak dapat darah! Cuba lagi guna vein yang dekat dengan ibu jari. Tak dapat jugak! 4th attempt barulah dapat. Finally.

Alhamdulillah 6th days I learnt so many things

Sometimes, we don’t have the ability to elevate the pain of someone. But the least that we can do is, comfort them..

And it was tiring sebab BST habis jam 12:30 pm. Seminar mula pukul 2 petang, dan aku tak sempat dapat lunch sebab tak cukup masa satu,, , tak berapa ada selera pun satu hal. Habis seminar pukul 330pm, and aku balik tidur jap sebelum pukul 5 balik hospital balik.. on-call pukul 6pm-9pm tapi berasa nak tengok patient kat surgical ward, sebab tu pukul 5 dah gerak pi hospital. Bolehlah dekat sejam tengok case note. Tak rasa nak clerk or buat PE masa ni.

Masa on-call pun boleh tahanlah jugak. Mula-mula tak busy mana.. naik pukul 8 lebih, aih, penuh.. macam2 cerita ada. Seronok sebenarnya on-call kat emergency department. Tapi tu lah, diorang busy sikit. Syok sngat tengok case, dekat pukul 10 baru gerak..

Rabu haritu masuk OT.. nak patah kaki berdiri dekat 4 jam. macam mana lah jadi surgeon. laktak ah cane pun, im still going to make myself a surgeon. insyaAllah. amiin.

Kisah hari ni pulak, pagi aku just duduk rumah study. Cover anything that should be covered. Petang gerak pergi hospital, nak review case note. Habis tu aku cari  Dr untuk mintak cop. Nampak HO ni cam baik, aku pun mintak lah. Aku Tanya House Officer tu

“Dr balik pukul berapa?”
He looked at me and laughed
“Sy pun tak tahu”
Im laughing inside. sounds pathetic. Balik pun tak tahu pukul berapa. Dahlah pagi-pagi dah terpacak kat ward dah.

The thing is—semua orang penat, semua orang exhausted. It depends on you untuk treat everyone nicely or not.. give some kind words.. and yes, seriously i need it right now ;)

Thursday, November 22, 2018

Soothing words


Alhamdulillah done my first 3 paper of exam. Esok tinggal lagi OSPHE and viva voce je. Total of 5 papers for community medicine posting. Tapi last 2 exam tu paperless sebab viva kan heh. So far, the exam, alhamdulillah was good, all praises to Allah swt. Alhamdulillah. Mohon doakan seorang aishah ni, ya.

Yesterday I was being a real emotional. Malam tu I dah start rasa sayu. Aishah is being Aishah, dia punya emotional for being hurt tu lambat sikit. Macam biasa, malam tu ayah call. Aku jenis yang kalau parents call aku suka borak kat tangga

Borak2 dengan ayah how was my exam yesterday, was it okey, esok exam apa etc.
And suddenly I tak dapat tahan sebak. I dont want to think of anything except blood screening, kk Lanang..pre-eclampsia, mos..hb..bla2

Pathetic aishah, what happened to you?

Ada benda you have to faham, tak semua yang kita nak, kita akan dapat, and tak semua benda kita rasa baik untuk kita, Allah cakap baik untuk kita.

This happened to me, 2 years ago.

Right after i'm done with foundation.
Alhamdulillah, aku graduate asasi dari UiTM dengan CGPA 4.0 with MUET band 4. Masa tu dalam kepala aku dah aim for the only one-medic. Faktor pertama ialah sebab ayah aku. Mak aku jenis yang tak kisah sangat. Selain aku apply UPU, UM, USM, aku apply for USM-KLE. Bulan Ramadhan tu, dipanggil untuk interview session kat USM Kubang Kerian, Kelantan. few weeks later, aku dapat surat dari USM, I passed the interview! since SPM aku straight A's, Alhamdulillah, so memang aku ingat aku takde masalah dengan MARA. Together dengan surat tawaran tu, ada sekali with surat dari kedutaan India di Malaysia, dimana aku kena buat permohonan visa untuk ke India. That time dalam kepala memang- USM-KLE, Belgaum, Karnataka, India, aku datang!

Little did i know yang the next week tu, was hell for me. MARA unable to sponsor me. And aku takde source lain langsung aku mohon sponsorship selain Yayasan Pahang. JPA memang out. My heart shattered into pieces. Aku dah dikecewakan masa lepas SPM, and now again, aku dikecewa. Berkali-kali aku questioned Allah SWT, kenapa Allah aturkan jalan hidup aku macam ni, semacam orang lain punya pathway easy peasy but not for me. Astarghfirullah. Kalau bukan sebab result UPU keluar the next week, and aku accepted to other medical school, aku rasa mesti aku still sambung bersedih hati, faith entah ke mana. Iman aku masa tu,..ya Allah.. Mak ayah je sumber kekuatan aku masa tu.

These two situations bagi aku, sangat mencabar iman aku. Until I found this one beautiful hadith. Sejak aku jumpa hadith ni, bila mana jalan hidup terasa susah, rasa macam diuji, aku bukak balik hadith ni

So aku nak share the hadith;

“Seandainya Allah menyiksa penduduk langit dan bumi, maka azab-Nya itu bukanlah kezaliman terhadap mereka, begitu juga seandainya Allah memberikan rahmat-Nya kepada mereka, maka rahmat-Nya itu lebih baik dari amal kebajikan mereka sendiri.
Seandaikanya engkau menafkahkanlah emas sebesar gunung Uhud di jalan Allah, maka Allah tidak akan menerimanya sampai engkau beriman kepada taqdir, dan engkau mengetahui bahawa apa yang menimpamu tidak mungkit meleset darimu, dan apa yang terluput darimu, tidak mungkin akan menimpamu. Kalau engkau meninggal dunia di atas selain keyakinan ini, niscaya engkau masuk neraka.”

 HR Ahmad dan Abu Dawud.

Keimanan kepada qadar ada 4;

  • Percaya Allah mengetahui segala sesuatu, baik secara global atau rinci
  • Percaya bahawasanya Allah telah menulis hal terebut di dalam Luh Mahfuz  “Allah telah menulis taqdir semua makhluk lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi”
  • Percaya kehendak Allah swt tidak akan mampu ditolak oleh apa pun
  • Percaya bahawa Allah lah Sang Maha Pencipta, yang menciptakan segala sesuatu.


This soothes my heart.
Why worry so much, sha? Why get hurt so much, sha?
Bear in mind, kita kan hamba ;’)

Love, SAM

Friday, October 19, 2018

Community Medicine Posting, Sibu, UNIMAS

Assalamualaikum ;)
KK Nanga Lassi.Aku confuse ni rumah ke klinik dah. 

Dari Kuantan ke Kuching, ke Sibu. Macam nomad je bunyi dia.
Previously aku received a not-so-good comment and I just don't get it why people spread hatred so much. But Aishah remains calm because aishah is being positive! The person maybe received to much hatreds that unable to see good in others.. whatever it is, let's start our new entry!

Sebenarnya I'm quite busy but i don't want my thoughts die with me, so i think, how busy I am, I need to spend some of my time, telling the world the experiences that I gained in this journey. Life is short. Like, suddenly you're so healthy sihat walafiat the next second bad news comes in. Motor vehicle accident. Tumour. Infectious disease. etc.

Harini dah masuk 20 hari aku jejakkan kaki ke Sibu. I was really curious about macam mana Sibu ni, betul ke susah nak cari makanan hala so on etc. Kampung sangat ke Sibu ni. How urban is the town. Buah dabai boleh jumpa tepi jalan ke etc-etc. Tapi alhamdulillah bila sampai sini, so far so good. Bawah kolej ada satu kedai makan Melayu. Dekat dengan hospital pun ada banyak. Kena pandai berjalan lah hehe.

Jadi posting pertama is Community Medicine. Next, Surgery. So let's focus on Com Medicine dulu ya.

Senior senior asyik cakap com medicine ni nothing much, relax-relax je tak stress tapi kenapa aku boleh rasa sedikit bara tu. Like percikkan api tu ada. Maybe because aku join as high committe for research project and intervention program? Well masa ni lah kite nak cungkil segala bakat, belajar sebanyak mungkin, ye dok?

The thing is, aku nak rant pasal tempat-tempat aku tengah pergi dan may personal 'comment' yang aku rasa bila berada kat Sibu ni.

Rumah Panjang Sumbang Ak Maleh


Sebab aku assistant director project for research team, boleh tahan berjam-jam jugaklah aku cari maklumat pasal rumah panjang ni melalui Google. Yes, sangat menghampakan. I got not much info regarding this Rumah Panjang. Well, aku bukannya tahu apa sangat, tapi mehlah aku cerita sikit.
Pokok Lada hitam yummy yummy

Basically kalau rumah panjang akan ada ketua dia. Local panggil sebagai tuai rumah, and nama rumah panjang tu diambil dari nama tuai dia lah. Rumah panjang ni ada 36 buah pintu which is an individual rumah lah. Rumah panjang ni siap dua tingkat lagi haaa, hang nak cakap apa lagi hihi boleh tahan modern lah. Tapi kalau ikut jarak dia dengan the nearest hospital, mak aih, boleh tahan jauhlah. which is almost sejam, dengan jalan yang takde lampu sangat, and jalan raya yang belum fully siap. Penghuni sini mostly kerja sebagai farmer kat kebun-kebun mereka. tapi ramai jugaklah yang berhijrah like jadi cikgu kat daerah lain, ada kerja kat Kuching etc etc. Majority Iban which is beragama pagan tapi ada dua pintu yang christian and dua pintu yang Muslims. Kalau siang hari biasanya yang tinggal ialah orang tua-tua, budak-budak kecik dan ibu-ibu yang housewife lah. Kalau kat depan Rumah panjang diorang ni, masa first time aku datang, dioran tengah keringkan lada hitam. like banyak gilaaa. *updated* Aku nak beli bawak balik semenanjung tapi aku lupa beli masa last day kat kampung tu ;'(
Lada hitam tengah berjemur



Masa aku belajar theory dulu, lecture under Prof Balbir, pasal parasitology, Prof ada cerita regarding parasitic infection. How hookworms can be transmiited from soil-to-foot usually because tak pakai selipar. So aku terfikir, ada lagi ke orang kampung yang berjalan sana sini tak pakai selipar. Sebab even kat kampung ayah aku, Manir tu pun, budak-budak kampung sana memang jenis pakai kasut everywhere. Tapi rupanya, ramai lagi kat sini. Like dorang jalan lebih 200m dari rumah panjang, still tak pakai kasut. Aishah being nice(and pretty =) pesan lah kat dia. "ktak, knak sik pake seliper.. pake lah klak cacing masuk" aku menggunakan Bahasa Sarawak yang tak berapa fasih =,=. Pastu, dia pakai selipar, tapi selipar yang dah putus tali dia. Allahu.

Kalau nak kira berapa kali aku rasa tertampar dengan nikmat yang Allah rezekikan kat aku, dengan penduduk sini, aku rasa dah lebam dah pipi aku ni. Allah, tak terhitung. Rasa macam malu sangat mintak macam-macam sedangkan ramai lagi insan yang serba kekurangan dan yang paling aku rasa menakutkan is mereka yang tak dikurniakan hidayah oleh Allah. Malu rasa. Tu baru satu cerita.

Belum lagi sebab nikmat Islam tu sendiri. Dilahirkan dalam Islam. Ada seorang penghuni sini, dia sorang je memeluk Islam. Mak ayah dia, belum lagi. Mohon doakanlah mereka kembali kepada agama fitrah. Tapi the thing is, bagi aku agak susah.. Because you know orang Iban mostly sambut Gawai. Gawai of courselah ada tuak(which is arak). Dan kalau mak ayah no-yet -Muslim, macam mana dengan food? Allahu. Semoga dipermudahkan segala urusan para mualaf yang berdepan dengan segala bentuk kesusahan. Diuji sebab Allah sayang ;')

So kitorang pergi ke rumah panjang ni sudah pastilah ada tugasa. Macam program keluarga angkat aku  year 1 and year 2 dulu. Kali ni itorang kena buat research berkenaan Knowledge, Attitude and Practice penduduk kat sini  regarding a topic. Lepas dah brainstorm bagai, we came out with KAP regarding Rabies. Because Rabies ni dah macam re-emerging disease kat Sarawak setahun dua ni. Makin lamamakin banyak tempat yang disytiharkan wabak. empat puluh buah tempat jugaklah kat Sarawak nideclared as outbreak. Mak aku punyalah risau case Rabies ni semacam buaya jugaklah. Sebab Sarawak ni kan banyak buaya. Tapi bagi aku buaya kat sungai and darat tu species je perangai dia.. hmm sama bahaya.

Berhadapan dengan pintu gerbang Rh Sebastian.

Kan aku cerita yang kitorang buat research, right? so research kitorang coursework punya lah. Pakai Questionnaire. Jadi mestilah kena buat pilot study. Pilot study kitorang kat Rumah Panjang Sebastian. Berbeza dengan Ruah Panjang Sumbang, Rumah Panjang Sebastian ni fully papan tau. And bahagian bawah dia siap ada bela ayam anjing itik bagai haha. Oh, I forgot to mention that Rumah Panjang Sumbang tu ada kandang khinzir! Life woo khinxir warna pink and hitam haha. Jadi rakan-rakanku merebut peluang untuk menyebut "eh, babi" omaigod. #imnotoneofthemya.


KK Selangau

Okey next, kita masuk cerita pasal Klinik Kesihatan Selangau.(KK Selangau). KK ni bawah daerah Sibu jugak tapi jarak dia dekat dua jam dari Hospital Sibu. Kalau delivery yang other than white coding, memang kat Hospital Sibu lah, so, can you imagine macam mana kalau nak terbersalin kena dikejarkan ke Hospital..? Allahu.. Belum lagi ditambah dengan pembinaan Pan-Borneo highway tu.. jalan dia berliku-liku hang tau dak.. dengan curamnya.. Gerun rasa. Tapi gerun tak gerun, aku tido mati jugak atas bas, Heh.
Depan KK Selangau


Jambatan yang menghubungkan penduduk kampung dan KK. Jambatan tu bila sampai kat tengah, dia bergoyang tau!
KK Nanga Lassi, Sarikei

 Alright next, kita bercerita pasal Klinik Kesihatan Nanga Lassi, Sarikei pulak. Yang ni paling best because KK ni sangat unik. Aku rasa kalau aku lah, kalau aku tak sihat and nak pergi dapatkan rawatan kat KK tu, tak sempat sampai KK tu, sempat aku pitam dulu. Well, blame on my low BP pleaseee. And the bukit. And the jambatan.

Kalau kau tengok gambar atas first ni kan, nampak tak macam aku bergambar dengan kawan aku background rumah papan? Ha, sebenarnya Klinik Kesihatan ni macam rumah. Kena naik tangga baru sampai bahagian registration dia. Bawah KKM ada Banyak jenis klinik diclassify dengan design. Type 1, Type 2, Type 3, Type 4, Type 5, Type 6SS, Type 7SS SS maksudnya Sabah dan Sarawak. Klinik ni hanya available kat Sabah and Sarawak because of the geographical area.


Basically klinik ni takde doctor. Yang datang bertugas setiap hari is Penolong Pegawai Perubatan aka MA dan Jururawat Masyarakat. Mereka nilah the unsung heroes yang sanggup bertugas di kawasan rural area. And they have to conduct mobile clinic sampai ke remote area to deliver medications or vaccines. Memang aku bagi tabik spring lah kat diorang ni. Tak lupa jugak, KK ni ada farmasi tapi ubat-ubatan tu under List C je lah. List A punya ubat specialist je boleh order. List B pegawai perubatan a.k.a doctor. And monthly akan ada visiting doctor here. ha, masa ni lah jumlah pesakit akan meningkat. Dear my future husband. See, betapa susahnya orang sana nak jumpa doctor. if you kahwin dengan I takdelah susah2 you cari doctor ;)

Lau King Howe Memorial Hospital



Lau King Howe Memorial Muzium ni dibina sebagai memperingati sumbangan Mr Lau King Howe dalam pembinaan Hospital pertama Sibu yang siap dibina pada tahun 1936. Aku sangatlh amazed how Mr Lau ni telah menymbangkan sebanyak USD 82k untuk membantu pembinaan hospital ni (dan sebahagian lagi diperutuk oleh Pihak Kerajaan Brooke.) So, hah, kita bergambar sat dengan tokoh mulia ni ;) Bawah ni petikan yang aku ambil dari website http://www.lkhhmm.org/history02.php kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google, ya

"When it started operation, the hospital was run by a sole Medical Officer. Dr. Le Gros Clark, one of the early medical officers who had later became the regius Professor of Anatomy in the renowned Oxford University. In the fifties, there were 3-5 medical officers. Among the earliest specialties were surgery, medical and gynecology. On-call duty was equally shared among all doctors. In fact, the specialists had to do more, covering the on-call medical officer as well. Prior to World War II, the hospital had only 3 nurses. The night shift lasted for two weeks with one sleeping day and one-night off. Gradually, the number of nurses increased. Prior to independence, the heads of nursing, matron and nursing sisters, were all Europeans. Infectious diseases were rampant in the early days. Common diseases seen in the 40’s, 50’s and 60’s were diphtheria, tuberculosis, typhoid, cholera, malaria, post-measles bronchopneumonia, filiariasis, diarrhoea and pelvic inflammatory disease. Infant mortality rate was high. Ectopic pregnancy was common in the 60’s, around one case per week.

      The workload was very heavy. The use of canvas beds was a common sight. Life was really tough for the medical staff but teamwork was excellent. Despite the demanding work, many had fond memories of those times. "


TB Centre Program, KK Lanang #aishahtahubuatpeaceje
Okey dah habis pasal aktiviti. So nak rant sikit apa yang terbuku dalam hati. Kadang-kala, tak cakap is a sign of good thing, and bercakap pun can be a sign of good thing. Doakan yang terbaik untuk aku. Jadikan aku redha. 

Btw, i'll be having End of Posting Exam soon. Mohon doakan seorang aishah dan rakan2 dipermudahkan urusan. Lepas tu surgery posting pulak. Doakan aku dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Lillahitaala, insyAllah. 

Love, Aishah