Friday, October 19, 2018

Community Medicine Posting, Sibu, UNIMAS

Assalamualaikum ;)
KK Nanga Lassi.Aku confuse ni rumah ke klinik dah. 

Dari Kuantan ke Kuching, ke Sibu. Macam nomad je bunyi dia.
Previously aku received a not-so-good comment and I just don't get it why people spread hatred so much. But Aishah remains calm because aishah is being positive! The person maybe received to much hatreds that unable to see good in others.. whatever it is, let's start our new entry!

Sebenarnya I'm quite busy but i don't want my thoughts die with me, so i think, how busy I am, I need to spend some of my time, telling the world the experiences that I gained in this journey. Life is short. Like, suddenly you're so healthy sihat walafiat the next second bad news comes in. Motor vehicle accident. Tumour. Infectious disease. etc.

Harini dah masuk 20 hari aku jejakkan kaki ke Sibu. I was really curious about macam mana Sibu ni, betul ke susah nak cari makanan hala so on etc. Kampung sangat ke Sibu ni. How urban is the town. Buah dabai boleh jumpa tepi jalan ke etc-etc. Tapi alhamdulillah bila sampai sini, so far so good. Bawah kolej ada satu kedai makan Melayu. Dekat dengan hospital pun ada banyak. Kena pandai berjalan lah hehe.

Jadi posting pertama is Community Medicine. Next, Surgery. So let's focus on Com Medicine dulu ya.

Senior senior asyik cakap com medicine ni nothing much, relax-relax je tak stress tapi kenapa aku boleh rasa sedikit bara tu. Like percikkan api tu ada. Maybe because aku join as high committe for research project and intervention program? Well masa ni lah kite nak cungkil segala bakat, belajar sebanyak mungkin, ye dok?

The thing is, aku nak rant pasal tempat-tempat aku tengah pergi dan may personal 'comment' yang aku rasa bila berada kat Sibu ni.

Rumah Panjang Sumbang Ak Maleh


Sebab aku assistant director project for research team, boleh tahan berjam-jam jugaklah aku cari maklumat pasal rumah panjang ni melalui Google. Yes, sangat menghampakan. I got not much info regarding this Rumah Panjang. Well, aku bukannya tahu apa sangat, tapi mehlah aku cerita sikit.
Pokok Lada hitam yummy yummy

Basically kalau rumah panjang akan ada ketua dia. Local panggil sebagai tuai rumah, and nama rumah panjang tu diambil dari nama tuai dia lah. Rumah panjang ni ada 36 buah pintu which is an individual rumah lah. Rumah panjang ni siap dua tingkat lagi haaa, hang nak cakap apa lagi hihi boleh tahan modern lah. Tapi kalau ikut jarak dia dengan the nearest hospital, mak aih, boleh tahan jauhlah. which is almost sejam, dengan jalan yang takde lampu sangat, and jalan raya yang belum fully siap. Penghuni sini mostly kerja sebagai farmer kat kebun-kebun mereka. tapi ramai jugaklah yang berhijrah like jadi cikgu kat daerah lain, ada kerja kat Kuching etc etc. Majority Iban which is beragama pagan tapi ada dua pintu yang christian and dua pintu yang Muslims. Kalau siang hari biasanya yang tinggal ialah orang tua-tua, budak-budak kecik dan ibu-ibu yang housewife lah. Kalau kat depan Rumah panjang diorang ni, masa first time aku datang, dioran tengah keringkan lada hitam. like banyak gilaaa. *updated* Aku nak beli bawak balik semenanjung tapi aku lupa beli masa last day kat kampung tu ;'(
Lada hitam tengah berjemur



Masa aku belajar theory dulu, lecture under Prof Balbir, pasal parasitology, Prof ada cerita regarding parasitic infection. How hookworms can be transmiited from soil-to-foot usually because tak pakai selipar. So aku terfikir, ada lagi ke orang kampung yang berjalan sana sini tak pakai selipar. Sebab even kat kampung ayah aku, Manir tu pun, budak-budak kampung sana memang jenis pakai kasut everywhere. Tapi rupanya, ramai lagi kat sini. Like dorang jalan lebih 200m dari rumah panjang, still tak pakai kasut. Aishah being nice(and pretty =) pesan lah kat dia. "ktak, knak sik pake seliper.. pake lah klak cacing masuk" aku menggunakan Bahasa Sarawak yang tak berapa fasih =,=. Pastu, dia pakai selipar, tapi selipar yang dah putus tali dia. Allahu.

Kalau nak kira berapa kali aku rasa tertampar dengan nikmat yang Allah rezekikan kat aku, dengan penduduk sini, aku rasa dah lebam dah pipi aku ni. Allah, tak terhitung. Rasa macam malu sangat mintak macam-macam sedangkan ramai lagi insan yang serba kekurangan dan yang paling aku rasa menakutkan is mereka yang tak dikurniakan hidayah oleh Allah. Malu rasa. Tu baru satu cerita.

Belum lagi sebab nikmat Islam tu sendiri. Dilahirkan dalam Islam. Ada seorang penghuni sini, dia sorang je memeluk Islam. Mak ayah dia, belum lagi. Mohon doakanlah mereka kembali kepada agama fitrah. Tapi the thing is, bagi aku agak susah.. Because you know orang Iban mostly sambut Gawai. Gawai of courselah ada tuak(which is arak). Dan kalau mak ayah no-yet -Muslim, macam mana dengan food? Allahu. Semoga dipermudahkan segala urusan para mualaf yang berdepan dengan segala bentuk kesusahan. Diuji sebab Allah sayang ;')

So kitorang pergi ke rumah panjang ni sudah pastilah ada tugasa. Macam program keluarga angkat aku  year 1 and year 2 dulu. Kali ni itorang kena buat research berkenaan Knowledge, Attitude and Practice penduduk kat sini  regarding a topic. Lepas dah brainstorm bagai, we came out with KAP regarding Rabies. Because Rabies ni dah macam re-emerging disease kat Sarawak setahun dua ni. Makin lamamakin banyak tempat yang disytiharkan wabak. empat puluh buah tempat jugaklah kat Sarawak nideclared as outbreak. Mak aku punyalah risau case Rabies ni semacam buaya jugaklah. Sebab Sarawak ni kan banyak buaya. Tapi bagi aku buaya kat sungai and darat tu species je perangai dia.. hmm sama bahaya.

Berhadapan dengan pintu gerbang Rh Sebastian.

Kan aku cerita yang kitorang buat research, right? so research kitorang coursework punya lah. Pakai Questionnaire. Jadi mestilah kena buat pilot study. Pilot study kitorang kat Rumah Panjang Sebastian. Berbeza dengan Ruah Panjang Sumbang, Rumah Panjang Sebastian ni fully papan tau. And bahagian bawah dia siap ada bela ayam anjing itik bagai haha. Oh, I forgot to mention that Rumah Panjang Sumbang tu ada kandang khinzir! Life woo khinxir warna pink and hitam haha. Jadi rakan-rakanku merebut peluang untuk menyebut "eh, babi" omaigod. #imnotoneofthemya.


KK Selangau

Okey next, kita masuk cerita pasal Klinik Kesihatan Selangau.(KK Selangau). KK ni bawah daerah Sibu jugak tapi jarak dia dekat dua jam dari Hospital Sibu. Kalau delivery yang other than white coding, memang kat Hospital Sibu lah, so, can you imagine macam mana kalau nak terbersalin kena dikejarkan ke Hospital..? Allahu.. Belum lagi ditambah dengan pembinaan Pan-Borneo highway tu.. jalan dia berliku-liku hang tau dak.. dengan curamnya.. Gerun rasa. Tapi gerun tak gerun, aku tido mati jugak atas bas, Heh.
Depan KK Selangau


Jambatan yang menghubungkan penduduk kampung dan KK. Jambatan tu bila sampai kat tengah, dia bergoyang tau!
KK Nanga Lassi, Sarikei

 Alright next, kita bercerita pasal Klinik Kesihatan Nanga Lassi, Sarikei pulak. Yang ni paling best because KK ni sangat unik. Aku rasa kalau aku lah, kalau aku tak sihat and nak pergi dapatkan rawatan kat KK tu, tak sempat sampai KK tu, sempat aku pitam dulu. Well, blame on my low BP pleaseee. And the bukit. And the jambatan.

Kalau kau tengok gambar atas first ni kan, nampak tak macam aku bergambar dengan kawan aku background rumah papan? Ha, sebenarnya Klinik Kesihatan ni macam rumah. Kena naik tangga baru sampai bahagian registration dia. Bawah KKM ada Banyak jenis klinik diclassify dengan design. Type 1, Type 2, Type 3, Type 4, Type 5, Type 6SS, Type 7SS SS maksudnya Sabah dan Sarawak. Klinik ni hanya available kat Sabah and Sarawak because of the geographical area.


Basically klinik ni takde doctor. Yang datang bertugas setiap hari is Penolong Pegawai Perubatan aka MA dan Jururawat Masyarakat. Mereka nilah the unsung heroes yang sanggup bertugas di kawasan rural area. And they have to conduct mobile clinic sampai ke remote area to deliver medications or vaccines. Memang aku bagi tabik spring lah kat diorang ni. Tak lupa jugak, KK ni ada farmasi tapi ubat-ubatan tu under List C je lah. List A punya ubat specialist je boleh order. List B pegawai perubatan a.k.a doctor. And monthly akan ada visiting doctor here. ha, masa ni lah jumlah pesakit akan meningkat. Dear my future husband. See, betapa susahnya orang sana nak jumpa doctor. if you kahwin dengan I takdelah susah2 you cari doctor ;)

Lau King Howe Memorial Hospital



Lau King Howe Memorial Muzium ni dibina sebagai memperingati sumbangan Mr Lau King Howe dalam pembinaan Hospital pertama Sibu yang siap dibina pada tahun 1936. Aku sangatlh amazed how Mr Lau ni telah menymbangkan sebanyak USD 82k untuk membantu pembinaan hospital ni (dan sebahagian lagi diperutuk oleh Pihak Kerajaan Brooke.) So, hah, kita bergambar sat dengan tokoh mulia ni ;) Bawah ni petikan yang aku ambil dari website http://www.lkhhmm.org/history02.php kalau nak tahu lebih lanjut, boleh google, ya

"When it started operation, the hospital was run by a sole Medical Officer. Dr. Le Gros Clark, one of the early medical officers who had later became the regius Professor of Anatomy in the renowned Oxford University. In the fifties, there were 3-5 medical officers. Among the earliest specialties were surgery, medical and gynecology. On-call duty was equally shared among all doctors. In fact, the specialists had to do more, covering the on-call medical officer as well. Prior to World War II, the hospital had only 3 nurses. The night shift lasted for two weeks with one sleeping day and one-night off. Gradually, the number of nurses increased. Prior to independence, the heads of nursing, matron and nursing sisters, were all Europeans. Infectious diseases were rampant in the early days. Common diseases seen in the 40’s, 50’s and 60’s were diphtheria, tuberculosis, typhoid, cholera, malaria, post-measles bronchopneumonia, filiariasis, diarrhoea and pelvic inflammatory disease. Infant mortality rate was high. Ectopic pregnancy was common in the 60’s, around one case per week.

      The workload was very heavy. The use of canvas beds was a common sight. Life was really tough for the medical staff but teamwork was excellent. Despite the demanding work, many had fond memories of those times. "


TB Centre Program, KK Lanang #aishahtahubuatpeaceje
Okey dah habis pasal aktiviti. So nak rant sikit apa yang terbuku dalam hati. Kadang-kala, tak cakap is a sign of good thing, and bercakap pun can be a sign of good thing. Doakan yang terbaik untuk aku. Jadikan aku redha. 

Btw, i'll be having End of Posting Exam soon. Mohon doakan seorang aishah dan rakan2 dipermudahkan urusan. Lepas tu surgery posting pulak. Doakan aku dipermudahkan urusan menuntut ilmu. Lillahitaala, insyAllah. 

Love, Aishah


1 comment:

  1. Wow, I never know that you have a blog before..
    Continue writing kay😁
    I'll be your fan from now on

    ReplyDelete