Sunday, March 30, 2014

Travelog Umrah 15 SV March 2014


Di hadapan Masjid Haram dan Menara Jam; Dataran Haram



                Ketika melakukan ziarah luar seperti ke Jabal Uhud, Perkuburan Baqi’ dan Pasar Kurma mahupun ketika di dewan makan hotel Dallah Taibah, ustaz Abdulhadi Amin selaku mutawwif kami sering bercerita mengenai kisah-kisah perjuangan para sahabat dan Rasulullah di bumi Madinah dan Makkah. Mengalir air mata jemaah Rayhar apabila mendengar ucapan ustaz Abdulhadi yang sarat keindahan bahasa serta dari sudut penyampaian yang menyentuh perasaan terutamanya ketika di Jabal Uhud dan di hadapan Makam Rasulullah serta dua sahabatnya(bahagian luar) SubhanaAllah. Allah merahmatinya barangkali.

                Ziarah Raudhah merupakan ziarah yang paling menuntut kesabaran yang tinggi. Jemaah dari Asia akan dikumpulkan di suatu sudut sebelum masuk ke Raudhah. Hal ini mungkin kerana mengelakkan kematian akibat dipijak oleh jemaah dari Tanah Arab kerana saiz mereka lebih besar berbanding saiz orang Asia. Setelah hampir 3 jam menunggu, akhirnya kami dibenarkan masuk bersama agensi masing-masing. Sebaik sahaja melalui karpet hijau(raudhah dan luar raudhah dipisahkan melaului karpet berwarna hijau dan merah) sedaya mungkin berbaik sangka dek kerana ditolak ditarik oleh jemaah-jemaah dari Indonesia terutamanya yang berebut tempat untuk solat sunat. Sebanyak mungkin hati ini berdoa agar Allah memperluaskan Raudhah. Alhamdulillah, atas bantuan ustazah mutawwif Rayhar, saya berpeluang bersolat sunat di sana dan merasai ketenangan yang tak dapat digambarkan. Taman Syurga. Allahuakbar. SubhanaAllah.
Bahagian luar Masjid Nabawi

                Setiap kali masuknya Solat fardhu, maka penuhlah ruang masjid bahagian wanita yang seluas SMKAA dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Betapa istiqamahnya penduduk di mengerjakan solat.  Difahamkan juga bahawa waktu solat merupakan waktu rehat bagi pekerja tempatan. Tak termasuk bahagian lelaki yang lebih besar berbanding ruangan solat wanita.


Adik bersama salah satu pintu yang di sadur dengan emas
                Hari kedua, bersama jemaah Rayhar bersama dua buah bas melawat ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain(peristiwa dimana Qiblat bertukar arah dari Masji Aqsa, Palestin ke Masjid Haram, Makkah), Pasar Kurma Uthman b Al Affan,dank e Jabal Uhud.  Suasana di Pasar Kurma sungguh seronok. Para penjual asyik dengan pembelinya dan pengunjung kebanyakannya akan mencuba semua jenis kurna, coklat yang segar dari kilang boleh didapati dengan harga SR40 sekilogram dan kekacang sebelum mebelinya. Mutawwif juga berpesan agar kami makan sehingga kenyang sebelum membeli. Harga bagi kurma agak murah tetapi tidak bagi kekakcang. Saya pernah bertanyakan kepaa seorang pemuda jemaah rayhar mengenai harga sekilogram kacang gajus ketika sedang beratur di kaunter. Agak terkejut apabila dia mengatajkan SR70 sedangkan terdapat kedai di hadapan Hotel Dallah Taibah dijual dengan harga SR40! Selepas memberitahu perkara tersebut, terus pemuda tersebut menok tepi kekacang yang ingin dibelinya. Marah pak cik Arab yang berjaga di kaunter. Haha.

di hadapan masjid nabawi; pasar yang menjual pelbagai pakaian, makanan
                Setelah mengharungi musim sejuk kering hampir 3 hari di Madinah,tibalah masa berangkat ke Kota Makkah; bagi menunaikan Umrah. Setelah Ziarah Wada’, hati ini tidak putus-putus berdoa agar dijemput Allah Swt ke sini lagi. Dan sungguh, saat ini, hati ini memberontak dek kerana rindukan Tanah Haram Madinah... Kami berniat Umrah di Bir Ali, kira-kira 15km dari Tanah Haram Madinah .Sebelum sampai ke Kota Makkah yang memakan masa kira-kira 8 jam, kami singgah di sebuah RnR untuk solat jamak dan qasar maghrib serta Isya’. Dan ini merupakan ujian pertama bagi jemaah Rayhar.Ustaz(saya tak pasti ustaz ke apa atau hanya petugas Rayhar atau pelajar di Tanah Arab kerana masih muda) memdapat panggilan dari jemaah yang sampai dahulu di RnR bahawa di situ tiada air.  Lalu kami terpaksa membeli 8 botol air mineral dan mengambil wuduk untuk ahli keluarga kami. Bayangkan, sebelah tangan memegang botal air dan sebelah lagi menyapukan ke anggota wuduk. Suasana ketika itu agak kelam kabut kerana masa diberikan sejam, dan terdapat lebih sepuluh buah bas bersama jemaah masing masing yang ingin bersolat disitu serta suraunya agak kecil(ruangan wanita lebih kurang saiz bilik darjah). Yang lebih menyeksakan, suasana ketika itu amat berdebu dan semua jemaah berada dalam keadaan ihram(wanita tidak dibenarkan menutup muka). Usai solat dan membeli kebab kami langsung meneruskan perjalanan ke Kota Makkah.

Jalan jalan di sekitar masjid haram
                Kami sampai ke Kota Makkah kira-kira jam 12 tengah malam. Selepas membersihkan diri,di Hotel Qasr al Qamar, kami bersama mutawwif menuju ke Masjid Haram kira-kira 80 m dari pintu hotel ke pintu masuk Masjid. Suasana ketika itu sungguh menyenangkan walaupun di lobi saya terpaksa naik ke bilik untuk mengambil wudhuk kerana Faiz, sepupu saya, terpijak kaki saya dan saya terlupa bahawa tersentuh antara lelaki dan wanita bagi tawaf adalah sah. Hati ini begitu teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. SubhanaAllah. Ketika memasuki pintu King Malik, semerbak baunya yang sungguh indah mengiringi. Entah ada jemaah yang pakai minyak wangi masa ihram kea pa, tetapi belum pernah saya bau sesuatu yang sebegitu indah kerana saya sering loya dengan bau wangian. Ketika tawaf, saya dan keluarga terpisah. Masa tu cuak jugaklah tapi Alhamdulillah tangan ni terpegang telekung adik. Ketika sedang tawaf, saya terlupa akan doa-doa yang disarankan baca ketika tawaf. Nak dijadikan cerita, terdapat jemaah dari Rusia mungkin sedang tawaf berkumpulan. Lelaki. Membacakan doa-doa yang disarankan dengan suara yang agak kuat. Saya pun menarik adik saya ke arah mereka dan tawaf berhampiran mereka sambil sama-sama memabcakan doa-doa. Haha.

Suasana di malam hari
                Usai 7 pusingan tawaf menelilingi Baitillahi haram, saya dan adik menuju ke Hijr Ismail untuk solat sunat. Alhadulillah berjumpa kembali dengan sepupu-sepapat serta ayah, mak saudara. Tapi mak ayah sendiri dan adik beradik lain takpulak jumpa. Dahlah ketika itu masih belum tahu arah menuju ke tempat Saie. Mutawwif, usahkan cerita, mutawwif pun tiada bersama jemaah rayhar yang lain barangkali. Setelah menaiki beberapa ekskalator, akhirnya kammi tiba di kawasan saie. Ketika saie, keadaan lebih lenggang. Suasana juga lebih dingin kerana terdapat pendingin hawa serta kipas. Walaupun jarak antara bukit Safar dan Marwah agak jauh, dan 7 kali saie agak memenatkan, tetapi ketenangan tetap terasa. Kadangkala ketika berjalan tu berasa mengantuk. Teruk betul. Setelah bertahlul atau bergunting, maka selesai jualah ibadat umrah pertama atau ibadat umrah wajib saya. Alhamdulillah.Jam 3 pagi ketika itu, kami pun duduk di atas sebahagian bukit Marwah yang masih ada diditu. Memperoleh berakah dari peristiwa Siti Hajar dan merupakan sunat selepas saie

                Ketika di Masjid Haram, melihatkan semua manusia tanpa mengira warna, bangsa, mazhab dan darjat bersama-sama berkongsi satu akidah iaitu lailahaillah membuatkan saya berasa bersyukur atas nikmat dilahirkan dalam keluarga Islam. Sering saya dengari Sesuatu yang kita anggap granted taklah seindah golongan lain yang “meperoleh” Islam setelah “mencuba” pelbagai agama yang lain. Hati ini tidak putus putus agar rakan-rakan bukan Islam kembali ke agama ini. Pernah sekali, saya terlihat seorang lelaki menggunakan papan luncur ketika tawaf. Lelaki tersebut tempang kedua-dua belah kakinya.

                Penghulu segala hari, Jumaat bersamaan dengan 21 Mac, saya diserang demam panas. Mungkin kerana terlalu penat ketika berada di Gua Thur dan mendaki Jabal Rahman barangkali. Petang tu, Haji Nasir, anak pasangan dari Kelantan yang dilahirkan di Tanah Arab merangkap petugas Rayhar membawa saya ke Klinik Al-Faraj. Setelah diperiksa, dan mendapat dua suntikan sampai ke hari ini terasa sakitnya, kebetulan telah masuk waktu Maghrib, 6:30 petang. Langsung terlihat seorang pegawai menghamparkan karpet dan bersolat jemaah di ruangan kosong di hadapn kaunter. Allahu...

                Keseokan harinya, kami menuju ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah sunat dan seterusnya ke Ladang Unta.Agak teruja kami melihat akan unta-unta yang dapat bertahan mengenai suasana panas di padang pasir.Terdapat juga majikan di sana yang menjual susu unta berharga SR5 dan air kencing unta berharga SR20. Banyak fadilat kedua-dua minuman tersebut. Ya, air kencing unta merupakan minuman untuk mengubati sesetengah penyakit.

hadapan makam Rasulullah(hijau) dan sahabat.(kubah putih tempat imam bersolat
                Hari seterusnya,demam menjenguk kembali. Ayah Teh yang baru kebah dari demam(Ayah Teh telah ke Mekah 4 kali dan tertanya-tanya bagaimana badanya masih belum imun terhadap pathogen pembawa demam) menyarankan saya agar mandi dengan air zam zam. Dibuatkan kakak saya ambil air zam zam yang telah disejukkan. Menggigil saya tengah hari tu sebelum dikejarkan ke Ajyad Emergency Hospital. Suhu ketika itu 39.5 darjah dan jururawat membasahi kepala dan kaki saya dengan kapas yang telah disejukkan dan dimasukkan 2 botol IV. Selepas hampir 2 jam, saya boleh di-discharged. Teringat akan mukadimah antara saya dan doctor saya itu. “Your name is Siti. My name is Islam. You can call me Sister Islam.” SubhanaAllah, ramah juga bangsa Arab ini! Ada sekali, wanita Arab lalu di hadapan katil saya. Tak semena-mena beliau mengucapkan Salam sambil menjabat tangan saya. Allahu. Yang menariknya, hospital di Arab Saudi percuma wakaupun kepada bukan warganegara!

                Dua jam sebelum Zohor. Masa tu semua orang ceria tetapi masing masing tahu betapa hati tidak ingin meninggalkan Tanah Hara mini. Barangkali rindukan anak-anak. Rindukan suasana di rumah, dan semestinya rindukan masakan Melayu! Petugas-petugas Rayhar mengedarkan kerusi roda bagi sesiapa memerlukan. Teringat akan Fatin dan Faiz, sepupu yang berusia 9 dan 11 tahun, main kerusi roda tok masuk dan keluar lif. Akibatnya, lif tersebut tidak boleh naik dan turun. Tiba tiba, petugas hotel datang dan marah dengan bahasa yang tidak difahami. Dek kerana takut, Fatin tertinggal kerusi roda tok ke dalam lif dan lif telah tertutup. Apakah...

                Sungguhlah, hati merintih ketika tawaf Wada’. Walaupun ketika itu di baru sahaja usai solat Zohor dan matahari terang benderang di atas, member sinat dan kehangatan, mata tidak mahu lepas daripada memandang kea rah Kaabah. Terdapat juga bangsa arab yang baik hati, menyediakan cawan plastik berserta air zam-zam sambil berdiri di celah-celah umat manusia yang sedang tawaf. Menghulurkan kepada mereka yang haus.


Di Jabal Rahman. Faiz duk jerit "Ade doh! Ade doh! manalah Bangla tu pahe..


Bersama penjual Arab, hypermarket

Laut Merah, Jeddah. Baru ku tahu Jeddah di tepi pantai rupanya.Menuju ke Terminal Haji

adik dan kakak melakukan ibadat umrah



Di Jabal Uhud
Masji Nabawi di malam hari



Tawaf Widak

Faiz di masjid nabawi

Semasa tawaf wadak

di gua Thur, tempat Rasulullah bersembunyi semasa peristiwa Hijrah

Tempat minum air zam-zam. Ada yang telah disejukkan. Maha suci Allah, air zam zam tak pernah kering.