Wednesday, September 26, 2018

Interview Course Medicine, UNIMAS


Assalamualaikum everyone.

Okey, so UNIMAS kat mana, ya?

Sarawak!

Pandai!

So aku nak share pengalaman aku interview course medic UNIMAS, bagi lepasan Asasi/matrik/STPM.

Okey, basically aku ialah batch kedua UNIMAS ambil dari bukan asasi dia (PASUM or PALAM). Selama ni semuanya dia ambil student asasi dia atau students dari matrikulasi. Batch sebelum aku sorang je dari Asasi Sains UiTM. Boleh nampaklah UNIMAS dah agak longgar situ.

Macam biasa, untuk dipanggil untuk panggilan interview, result sem 1 asasi/matrik mestilah high and the above GPA 3.5. Tapi bear in mind that mestilah ramai berduyung-duyung orang yang result tip top apply for medic. So kalau boleh, dont just aim 3.5, but above that, okey..?

Kenapa aku cakap interview tengok result first sem? sebab interview dia sebelum result matrik keluar. Kalau batch aku dulu few days after result UiTM keluar barulah tarikh interview dia. 

Kalau students yang dari semenajung ni jangan risau, sebab masa isi UPU nanti, dia ada tulis prefer buat interview kat mana? Zaman aku dulu dia buat kat UPM. Tapi batch yang lepas dia buat kat hotel kat KL, im not sure hotel mana tu. Macam Yayasan Pelajaran MARA jugaklah.

Panel tu siapa?

Okey panel tu basically lecturers yang mengajar kat Fakulti Perubatan & Science Kesihatan UNIMAS. Aku dulu dapat Prof Lela, timbalan dekan fakulti. Masa aku dulu ada dua orang panel, dua-dua tak introduce their names tapi aku ingat Prof Lela sebab dia ada mengajar masa aku year 1. Yang lagi sorang aku tak cam sangat. Satu sebab dia tak tanya banyak soalan and sbeb aku tak jumpa lagi masa year 1. So ingat2 lupa dah camna rupa dia. Prof Zul pun ada.. Batch lepas pun macam biasa, timbaaln dekan ada pergi.. lecturer clinical years ada pergi jugak. Diorang semua nak pilih baka-bakal student diorang ;)

Soalan apa dia tanya, akak?

Akak tak tahulah kenapa akak dapat soalan yang agak senang berbanding member-member akak.

Akak tak ingat sangat tapi boleh lah.
Kenapa pilih UNIMAS?  
Kenapa nak ambil perubatann?
Kenapa kat Sarawak? yang ni aku siap melalut pasal Sarawak ada bukit-bukit and aku nak hiking Prof Lela pun layan je siap bagitau bukit apa yang ada. Malu pulak aku bila terkenangkan balik. 
Ada dapat interview kat mana-mana lagi ke?
Yang ni aku jawab jujur, aku dapat UPNM, UMS, USM-KLE.

Tapi ada kawan-kawan aku kurang bernasib baik.. diorang dapat soalan killer macam

Bincangkan isu pemakaian tudung dalam operation theatre(OT) dalam dewan bedah. wuu.
Media massa melaporkan terdapat ramai graduan perubatan yang menganggur. Pendapat anda?

So tips akak, make sure you tahu perkembangan semasa berkenaan dunia perubatan. Takyah tahu pasal detail sangat cara nak diagnose bla2 sebab tu semua diorang yang akan ajar. Basically dia nak tahu you guys cakna tak pasal dunia luar  macam latest technology yang like mengemparkan dunia medic ke, sexual harassment cases ke. Plus, diorang nak tengok teknik menjawab you all jugak sebenarnya.

Akak, best tak belajar kat Sarawak?
Masa year 1 dulu akak agak depress sebenarnya sebab dapat UNIMAS haha. sebab akak jadi homesick teruk gila and terkejut.  Tapi year 2 akak rasa bersyukur pulak dapat UNIMAS. jauh memang jauh. tapi tu lah. dalam Malaysia lagi. Masuk year 3 lagi lah akak bersyukur dapat UNIMAS.  Nanti akak buat satu entry baru untuk cerita, ya.

Akak, dapat JPA tak?
Alhamdulillah akak dapat. Tapi year 2 lah. Year 1 dulu akak dapat Yayasan Pahang.
Sejak batch selepas akak, Yayasan Sarawak start bagi scholarship for Sarawakians yang ambil course medic. Sebelum ni JPA taja. Tapi tahun2 sebelum akak, ramai tak dapat JPA dah. Batch akak pun lebih kurang half je dapat. Lain dengan batch selepas akak, disebabkan ramai dah dapat Yayasan Sarawak, so kuota untuk student JPA tu makin mengecil, so tak ramai dah mohon sebab diorang dapat YS, kan. Jadi mostly yang mohon for JPA memang dapat. Tapi kalau tak dapat JPA, pun yayasan negeri ada, insyaAllah. boleh mohon yaa.

I think that's it.
Love, SAM