Friday, November 30, 2018

To cure sometimes, to relieve often and to comfort always


Assalamualaikum and hi everyone. i write this within 15 minutes and no proof-read pun so sorry for any typos!

Because to cure sometimes, to relieve often, and to comfort always.

29.11.18
It was a very long day biarpun baru jam 11. Gerak pergi hospital jam 7:45am. And I started to review bed allotment. For bed allotment aku dapat dua katil kat male surgical ward. Bukan setakat dua katil, tapi dua2 tu depan kaunter nurse which is critical punya patient lah. Semalam dua2 kosong, hari ni dua2 penuh. Lepas review, fill in kan logbook, gerak ke femal surgical ward. Ada bed-side-teaching. Bed side teaching ni salah satu azab dia is Dr akan Tanya macam2. It is scary. kadang, seminggu sebelum BST tu pun dah start tak lena tidur.

Habis BST, aku pergi clerking patient kat male surgical ward. Review patient2 lain. Lepas rasa kaki cam nak patah tu, dekat pukul 11 am, aku rehat jap sambil tunggu next BST aku pukul 1130. Sebab BST kitorang kat Femal Surgical ward, aku pun tunggu kat situ. Alang-alang tu nak tengoklah jugak procedure apa available.

Pastu ada sorang House Officer tengah withdraw blood kat sorang patient yang baru admitted. The lady is so old already. Since I need another observation for phlebotomy, so aku tunggu lah.
The HO started to talk to the auntie saying, nak ambil darah. Nak tahu apa auntie tu cakap? Auntie tu taknak ambi darah. Nak nak bila Dr cakap Dr nak ambil dari blood vessel kat belakang tapak tangan tu.. which is very painful. Serious tak tipu. Bagi aku pun sakit.

So I don’t know what to do, I speak in mandarin, saying that It’s going to be a while je.

“Oh, you know Chinese? Good, speak Chinese with her”
Suddenly the auntie pegang tangan aku and gengam kuat-kuat. Bila Dr nak cucuk, dia tutup mata rapat2 and genggam kuat tangan aku. Omg, it breaks my heart. Sorry nenek. It hurts. I know. Sudahnya first attempt tak dapat darah! Cuba lagi guna vein yang dekat dengan ibu jari. Tak dapat jugak! 4th attempt barulah dapat. Finally.

Alhamdulillah 6th days I learnt so many things

Sometimes, we don’t have the ability to elevate the pain of someone. But the least that we can do is, comfort them..

And it was tiring sebab BST habis jam 12:30 pm. Seminar mula pukul 2 petang, dan aku tak sempat dapat lunch sebab tak cukup masa satu,, , tak berapa ada selera pun satu hal. Habis seminar pukul 330pm, and aku balik tidur jap sebelum pukul 5 balik hospital balik.. on-call pukul 6pm-9pm tapi berasa nak tengok patient kat surgical ward, sebab tu pukul 5 dah gerak pi hospital. Bolehlah dekat sejam tengok case note. Tak rasa nak clerk or buat PE masa ni.

Masa on-call pun boleh tahanlah jugak. Mula-mula tak busy mana.. naik pukul 8 lebih, aih, penuh.. macam2 cerita ada. Seronok sebenarnya on-call kat emergency department. Tapi tu lah, diorang busy sikit. Syok sngat tengok case, dekat pukul 10 baru gerak..

Rabu haritu masuk OT.. nak patah kaki berdiri dekat 4 jam. macam mana lah jadi surgeon. laktak ah cane pun, im still going to make myself a surgeon. insyaAllah. amiin.

Kisah hari ni pulak, pagi aku just duduk rumah study. Cover anything that should be covered. Petang gerak pergi hospital, nak review case note. Habis tu aku cari  Dr untuk mintak cop. Nampak HO ni cam baik, aku pun mintak lah. Aku Tanya House Officer tu

“Dr balik pukul berapa?”
He looked at me and laughed
“Sy pun tak tahu”
Im laughing inside. sounds pathetic. Balik pun tak tahu pukul berapa. Dahlah pagi-pagi dah terpacak kat ward dah.

The thing is—semua orang penat, semua orang exhausted. It depends on you untuk treat everyone nicely or not.. give some kind words.. and yes, seriously i need it right now ;)

Thursday, November 22, 2018

Soothing words


Alhamdulillah done my first 3 paper of exam. Esok tinggal lagi OSPHE and viva voce je. Total of 5 papers for community medicine posting. Tapi last 2 exam tu paperless sebab viva kan heh. So far, the exam, alhamdulillah was good, all praises to Allah swt. Alhamdulillah. Mohon doakan seorang aishah ni, ya.

Yesterday I was being a real emotional. Malam tu I dah start rasa sayu. Aishah is being Aishah, dia punya emotional for being hurt tu lambat sikit. Macam biasa, malam tu ayah call. Aku jenis yang kalau parents call aku suka borak kat tangga

Borak2 dengan ayah how was my exam yesterday, was it okey, esok exam apa etc.
And suddenly I tak dapat tahan sebak. I dont want to think of anything except blood screening, kk Lanang..pre-eclampsia, mos..hb..bla2

Pathetic aishah, what happened to you?

Ada benda you have to faham, tak semua yang kita nak, kita akan dapat, and tak semua benda kita rasa baik untuk kita, Allah cakap baik untuk kita.

This happened to me, 2 years ago.

Right after i'm done with foundation.
Alhamdulillah, aku graduate asasi dari UiTM dengan CGPA 4.0 with MUET band 4. Masa tu dalam kepala aku dah aim for the only one-medic. Faktor pertama ialah sebab ayah aku. Mak aku jenis yang tak kisah sangat. Selain aku apply UPU, UM, USM, aku apply for USM-KLE. Bulan Ramadhan tu, dipanggil untuk interview session kat USM Kubang Kerian, Kelantan. few weeks later, aku dapat surat dari USM, I passed the interview! since SPM aku straight A's, Alhamdulillah, so memang aku ingat aku takde masalah dengan MARA. Together dengan surat tawaran tu, ada sekali with surat dari kedutaan India di Malaysia, dimana aku kena buat permohonan visa untuk ke India. That time dalam kepala memang- USM-KLE, Belgaum, Karnataka, India, aku datang!

Little did i know yang the next week tu, was hell for me. MARA unable to sponsor me. And aku takde source lain langsung aku mohon sponsorship selain Yayasan Pahang. JPA memang out. My heart shattered into pieces. Aku dah dikecewakan masa lepas SPM, and now again, aku dikecewa. Berkali-kali aku questioned Allah SWT, kenapa Allah aturkan jalan hidup aku macam ni, semacam orang lain punya pathway easy peasy but not for me. Astarghfirullah. Kalau bukan sebab result UPU keluar the next week, and aku accepted to other medical school, aku rasa mesti aku still sambung bersedih hati, faith entah ke mana. Iman aku masa tu,..ya Allah.. Mak ayah je sumber kekuatan aku masa tu.

These two situations bagi aku, sangat mencabar iman aku. Until I found this one beautiful hadith. Sejak aku jumpa hadith ni, bila mana jalan hidup terasa susah, rasa macam diuji, aku bukak balik hadith ni

So aku nak share the hadith;

“Seandainya Allah menyiksa penduduk langit dan bumi, maka azab-Nya itu bukanlah kezaliman terhadap mereka, begitu juga seandainya Allah memberikan rahmat-Nya kepada mereka, maka rahmat-Nya itu lebih baik dari amal kebajikan mereka sendiri.
Seandaikanya engkau menafkahkanlah emas sebesar gunung Uhud di jalan Allah, maka Allah tidak akan menerimanya sampai engkau beriman kepada taqdir, dan engkau mengetahui bahawa apa yang menimpamu tidak mungkit meleset darimu, dan apa yang terluput darimu, tidak mungkin akan menimpamu. Kalau engkau meninggal dunia di atas selain keyakinan ini, niscaya engkau masuk neraka.”

 HR Ahmad dan Abu Dawud.

Keimanan kepada qadar ada 4;

  • Percaya Allah mengetahui segala sesuatu, baik secara global atau rinci
  • Percaya bahawasanya Allah telah menulis hal terebut di dalam Luh Mahfuz  “Allah telah menulis taqdir semua makhluk lima puluh ribu tahun sebelum Dia menciptakan langit dan bumi”
  • Percaya kehendak Allah swt tidak akan mampu ditolak oleh apa pun
  • Percaya bahawa Allah lah Sang Maha Pencipta, yang menciptakan segala sesuatu.


This soothes my heart.
Why worry so much, sha? Why get hurt so much, sha?
Bear in mind, kita kan hamba ;’)

Love, SAM