Wednesday, August 27, 2014

Tips mengerjakan umrah yang remeh temeh tapi penting! Versi Updated

Adik ketika menunaikan umrah sunat. jam adalah sekitar 11 pagi.
From left. Fatin(cousin), kakak, me, adik and dad. Belakang tu Pak Arab salesman

Assalamualaikum.
Dulu beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Haram, bedtime story aku adalah membaca traavelog-travelog umrah. Aku akan skrol down tab aku mencari-cari panduan dan tips-tips mengenai berangkat ke Tanah Suci. And then, somehow, aku rasa macam banyak yang kurang dari apa yang aku alami sendiri kat sana. Jadi dengan sedikit rasa tanggungjawab dan semoga meraih pahala disisNya, maka, akan aku ceritakan panduan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan-KLIA-Medina-Makkah-Jeddah-KLIA-LTSHAH. Dan aku bercerita ni dari segi wanita. Jadi, suruhlah isteri, mak, adik perempuan kakak atau nenek jadikan rujukan,ya. Kalau lelaki nak pun takpa...

Umum:
1) Jubah (2)
Sebagai wanita... anda akan beli(borong) banyak jubah di sana kerana harganya serendah SR20-50 di pasar lambak Mostly SR30 berwarna hitam dengan pelbagai sulaman biru, purple, kuning, putih serta ada juga yang dipenuhi manik. SR30 bersamaan dengan kebih kurang RM26. Di kedai kedai pula terjual dengan harga lebih kurang plus minus SR 120. Sangat cantik dan berbaloi. Dan semestinya anda akan membelinya. So, apa kata save banyak sikit ruang untuk bawak balik jubah Makkah dengan membawa sedikit jubah dari Malaysia?

2)Seluar track (1)
Kalau nak dua boleh jugak. Pastikan seluar track anda mempunyai poket. Aku pakai seluar track even though pakai jubah labuh sebab nak sorokkan kamera/handphones. Bagi wanita, terdapat polis yang akan berjaga di pintu masuk Masjid Nabawi dan 'check' tas tangan anda dan melarang wanita yang membawa kamera/phones dari masuk. So, anda ada 3 pilihan;yang bawa tu, boleh sorokkan dalam poket seluar, atau solat di bahagian luar masjid(bersih) atau balik ke hotel, tinggal handphone dan datang balik.
Bahagian wanita, Masjid Nabawi.Seusai solat fardu

3)Sarung kaki + lengan(3pasang), kasut tawaf(sepasang)
Pastikan tebal dan selesa. Make sure bila anda pakai,  tak nampak kulit. Better hitam @ coklat. Kasut tawaf boleh didapati di kedai menjual keperluan Haji/Umrah. Aku beli di depan Masjid Negeri dengan harga RM10

4)T-shirt muslimah(1)
Hanya untuk dipakai ketika tidur. Boleh basuh.
Berhapiran di Gua Thur. Suasana amat berdebu. Dari kiri, my sister, mum, me and tok.

5)Tudung instant(2)
Better tak ada awning, yang lembut tu je supaya tak renyuk. Adik aku, Laila, bawak satu je. Tudung sama je dia pakai. Aku pakai tudung syria je, bawa anak tudung 3 berlainan warna, dan 3 ibu dia. So main switch-switch je sesuaikan dengan baju. Kadang kala pakai shawl. Shawl banyak dijual di berhapiran Masjid Nabawi dengan harga SR5-10 sehelai. Masa naik Jabal Rahman tempoh hari, terdapat banyak penduduk tempatan yang menjual inai(kisar), tasbih, tudung baju dan sebagainya. Mostly inai.(rugi tak beli! dahlah tu serbuk punya!) Berhentilah kejap, semasa kakak tengah pilih baju T-shirt untuk kawan lelaki dia, aku ada beli dua helai shawl hitam satu besar dan panjang manakala satu lagi saiz biasa dengan harga SR5 satu. SR5! SR5 bersamaan dengan RM 4 lebih. Dan sampai ke hari ni aku pakai tudung hitam yang bercorak emas dan permata biru tu. Pasal apa aku pakai lagi? Sebab berkualiti! Kalau aku pin pun, dia takda kesan lubang dan mudah dibentuk.
Ziarah Wadak di masjid Nabawi. Menyampaikan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat serta buat warga Perkuburan Baqi'

 6) Telekung(2)
Adik ketika umrah wajib. Hari pertama di Makkah
Kalau pergi masjid untuk solat mahupun menyelesaikan ibadat umrah, cuma perlu pakai telekung. Telekung yang aku pakai bukanlah telekung biasa tetapi seperti tudung syria tetapi telah melekat(tak berpisah macam tudung syria biasa) Rujuk gambar. Bahagian atasnya melekat pada dahi dan tidak menyusahkan ketika sujud. Gambarnya ada iaitu berwarna hitam dan adik ada pakai, yang warna putih. Yang berwarna jingga-coklat tu bukan diperbuat daripada kain jersi, dan agak berat. MyDin-RM70.Kalau pergi semasa musim sejuk, tak banyak peluh dan terasa nyaman je lebih-lebih lagi sekiranya anda memakai telekung berkain jersi. Dua pasang sudah memadai. Ketika musim panas aku tak pasti tapi mungkin anda akan lebih peluh. Lagipun telekung boleh dibasuh disana.


7)Kasut. 
Pastikan kasut anda SELESA. Jangan nak pakai selipar Jepun atau bertumit tinggi. Pastikan ia bertutup di hadapan dan tapaknya lembut. Di BATA banyak jual dengan harga promosi. Anda akan berjalan jauh terutamanya di KLIA, Terminal Haji dan ketika ziarah luar(Jabal Uhud, Masjid-masjid, dan sebagainya.) Pilih yang selesa. Percayalah, berbaloi.



Di KLIA with luggages
Menara zam-zam. With salesman.

8)Beg
Agensi Rayhar menyediakan 5 beg iaitu
1)beg bagasi yang akan diletakkan di kargo,
2) beg beroda sederhana kecil(boleh dibawa ketika flight),
3)beg triple kecil untuk meletakkan beg duit mahupun handphone atau buku ayat-ayat bacaan, 
4)beg telekung(yang macam beg save Earth yang ada dijual di parkson dan
5)satu beg uncang untuk kasut.

Sebelum anda sampai ke hotel di Madinah(sekiranya KLIA-Madinah) atau Makkah(KLIA-Makkah) JANGAN keluarkan beg kecil,beg telekung dan beg uncang anda. Anda akan berasa serabut dengan beg banyak-banyak. Trust me, aku dah alami. Letak je semua beg kecil-kecil tu dalam bagasi, beg duit, kamera atau apa-apa tu, letakkan je kedalam beg beroda kecil. Telekung, tuala kecil pun sama. Nak makan minum di KLIA, bawak je sekali. Sampai Tanah Haram baru keluarkan. Anda akan berjalan jauh dan rasa macam nak buang je beg-beg tu. Trust Me. One more, 6 orang boleh share 4 beg bagasi +5 beg beroda je. 3 pun boleh. Nak-nak yang warga emas. Warga emas sila kongsi beg dengan orang muda. Sebab anda tidak akan larat membawa beg banyak-banyak. Selain itu, menjimatkan dan memudahkah. Family aku, 6 orang, 4 beg bagasi+5beg beroda kecil.

%%Perkara yang sesuai diletakkan ke dalam beg beroda kecil adalah(untuk kegunaan di dalam flight, KLIA atau terminal haji kerana anda AKAN terpaksa menunggu at least 4 jam di terminal haji(sekiranya menaiki pesawat dari Jeddah ke KLIA. Semasa pergi, dari KLIA ke Medina, dari 11 pagi sampai 8 malam baru dapat boarding pass dari pihak agensi sebab flight malam. sampai KLIA pagi.amik nak.)
~)baju sejuk
~)telekung
~) ubat-ubatan
~)tuala lap muka
~)make-up/pelembab bibir dan sebagainya(sekiranya cecair, jangan melebihi 110ml kalau tak, kena rampas oleh pihak kastam)
~)makanan ringan
~)pantyliner(s)

My Dad. Masjid Haram, Tingkat 2.

9)Baju sejuk.
Hotel Dallah Taibah, Medinah
Bawa yang ringan dan save ruang. Letakkan didalam beg beroda kecil. Baju sejuk penting sekiranya anda menunaikan umrah pada bulan 12-4 kerana itu adalah musim sejuk terutamanya di Madinah which is double sejuk compare tu di Makkah. Baju sejuk juga penting semasa di Terminal Haji di Jeddah terutamanya apabila anda kena check-in semasa tengah malam atau awal pagi. Sebab Check-in adalah TIGA jam sebelum masa berlepas. Pengalaman akulah. Dan anda akan bagaikan dikuncikan ke sebuah hall menunggu yang suhunya macam dalam petu sejuk rosak(8-14) Aku tak pernah pergi Eropah and aku tak tahan sejuk. Dahlah aku nak demam balik bila di ruang menunggu tu. Nasib baik ada cafeteria menjual minuman panas tapi dengan harag yang cekik darah.



10)Ihram.
Sepasang dahlah. Pastikan sepasang sorang. Takda kongsi-kongsinya. Tapi mostly tempat miqat ada jual kain ihram. Kecualilah kalau anda flight dari KLIA terus ke Jeddah. Sebab miqat dalam flight.

11)Makanan
Tak payah. melainkan kekacang yang anda berniat nak makan di KLIA sementara menunggu berlepas. Pastikn makanan tidak basah. Makanan dalam flight boleh tahan banyak jugak. 2 kali makan tau. Di Arab Saudi pun menyediakan makan 5 kali sehari. Kalau tak pun, kedai kedai banyak. Nak-nak di market berhampiran Menara Jam. Di Madinah dan Makkah ada berlambak-lambak kekacang yang Ya Allah,sedap dan murah! Harga dari SR40-55 1kg. Boleh buat balik dan gunakan untuk buat kuih raya. Demi Allah, berbaloi sangat!

12) Buku dan al-Quran
Masjid Nabawi
Tak payah.Kalau nak sangat, just download banyak-banyak kisah motivasi dan al-Quran di playstore. kerana agak sukar untuk menjaga al-Quran kerana anda mungkin meletakkannya di tempat yang bawah dan menjejaskan kemuliaannya. Lagipun, di Masjid Nabawi dan Masjid Haram ada banyak sangat alQuran yang diwakafkan dan banyak dijual di hotel, kedai buku mahupun di hadapan masji Nabawi. Di Masjid Nabawi, setiap 50 metre pasti ada rak al Quran manakala di Masjid Haram, setiap penjuru ada. Anda tidak digalakkan membeli al-Quran yang terdapat di depan pintu masjid Nabawi untuk diwakafkan kerana tidak diterima. Sila bertanyakan kepada agensi anda sebabnya. Setiap agensi akan menyediakan al-Quran dari kilang untuk diwakafkan kepada masjid dengan harga SR25-SR50 untuk yang kecil(saiz buku latihan past years question spm)/

13)Bawa botol air kecil
Tupperware yang berjumlah 500ml sudah cukup untuk menghilangkan dahaga semasa menunggu waktu solat seterusnya.  Di Masjid Nabawi, tong air disediakan di pintu masuk dan agak jauh di ruangan solat(Melainkan anda lewat dan terpaksa solat di tepi tong-tong air,tapi tempatnya dijamin bersih 100%) Lebih-lebih lagi ketika ingin masuk ke ruangan Raudhah where you have to wait about 2-3 hours before Asian people were allowed to get in.
14) Pelembab muka, bibir
WAJIB!  Tak kiralah musim sejuk, or panas, Timur Tengah iklim KERING!
Teringat macammana bibir merekah habis, kulit ada naik kasar, dahi aku naik jerawat kerana keringnya tempat tu
15)Wang
Seminggu sebelum berangkat, aku keluarkan duit Tabung Haji aku RM1000(tak ganti lagi ni) dan tukarkan ke Saudi Riyal dan memperoleh sebanyak SR1100++. Mak aku keluarkan RM1000 begitu juga dengan nenek dan kakak pun sama. tapi sebenarnya tak perlu pun sebab banyak lebih dan kena tukar balik ke RM. Cukuplah RM800 seorang sebagai langkah berjaga-jaga untuk seorang sekiranya pergi hanya untuk beribadat. Makanan dan sekali dalam pakej sehinggalah kita berlepas balik ke Malaysia. Waktu makan di sana juga 4 kali sehari dan sangat banyak menu dihidangkan terutamanya di Hotel Madinah kerana bertaraf 5 bintang(hotel di madinah murah kot berbanding hotel di Makkah)
Kalau tak cukup, ada banyak tempat keluarkan duit. Jangan risau.

Masjid Nabawi. The second largest mosque that i had ever entered.
16)COOLFEVER dan ubat ubatan.
Bawa dua kotak. satu kotak sekitar RM9 ringgit, ada 12 tak silap. Aku beli kat MyDin. Baik prepare awal-awal di Malaysia sebab harga coolfever di Mekah adalah SR27 hanya 4 keping!=SR8 sekeping which is about RM7 sekeping. Mak aihh. Ubat ubatan disana pun boleh tahan mahal. Tapi klinik kerajaan di sana adalah free. Aku pernah dimasukkan ke Ajyad Hospital. layanan yang diberikan adalah bagus berbanding dengan klinik swasta. Serius!

17) Mask, penutup muka
Better yang ikat bagi wanita dan tebal. Suasana di sana agak berdebu. Padang pasir lah katakan.
Kalau aku ingat apa lagi yang nak dibawa, aku akan update dari semasa ke semasa. Tak berapa ingat deh..

Sekiranya terdapat sebarang soalan, sila e-melkan ke aishah_sha26@yahoo.com
Thanks for reading!

SPM

Assalamualaikum.
Esok paper account. So aku ingat nak study PAI je esok as lusa exam PAI.
Minggu depan Selasa subject Tasawwur Islam.
I waanted to be a scientist but SPM trial was just...so....
hard.
Aku rasa macam.. Kenapa certain orang, miracle tu senang je berlaku? Kenapa kadang-kala orang tu baca buku, ulangkaji seminggu sekali, at the end, the result mengalahkan orang yang duk study macam aku. Why? Why orang yang study sikit sikit, masa exam dapat skop punyalah detail and result keluar, bagus. Aku pulak asyik dapat skop macam semua tajuk masuk. Rasa macam dunia ni tak adil. Yeah, kadang-kala dunia ni langsung tak adil sejak azali lagi. But then, percayalah sha, Allah sentiasa mendengar apa yang ada di dalam hati-hati kamu. Percayalah. Banyakkan doa, tawakkal dan... Allah kan ada, then, Smile :)

Mid Year exam haritu aku dapat 7A. 2B+ and 1C. And now, disebabkan aku baru habis exam dan trial bagi aku susah... I dont even have time to complete my Physics' objective questions. Same goes to Chemistry where i forgot the catalyst that used for experiment that can be done in experiment. 11 marks for essay gone. Please, pray for me.For My SPM and my fututre.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyayang, Pengasih dan Maha Berkuasa, Hanya padaMu hamba-hambaMu ini menyerah diri. Berikanlah ingatan yang kuat, kecerdikan yang tinggi kepada kami agar dapat membangunkan umat Islam di dunia dan semoga kami tergolong dalam golongan yang bahagia di akhirat. Jauhkanlah kami daripada berlaku derhaka kepadaMu atau insan lain. Sesungguhnya Engkaulah Maha memudahkan segala yang sukar. Amiin.

Aku baru apply satu form menggunakan result mid-year aku. Harap-harap semuanya baik. Ya Allah, permudahkanlah. Semoga hambaMu ini memperoleh keputusan yang cemerlang bagi trial SPM dan SPM nanti. Amiin. Doakanlah aku, ya kawan.

Sekarang ni, aku sangat memerlukan rehat sebelum sambung study malam nanti bagi subject PAI dan TI. Tapi kalau nak diikutkan, aku rasa macam ada benda yang nak aku luahkan, semoga tenang. Habis SPM ni, aku nak study balik betul-betul(eventhough aku rasa aku dah habis study betul-betul dah) Usaha lagi, sha! Biar lah study sampai termuntah-muntah, Ilmu tu! Dan muntahkan semasa dalam exam SPM sebenarnya, ya!
p/s Alhamdulillah Maths and add maths aku dapat A. Oh Mighty Allah, Thank you.