Tuesday, May 5, 2015

Berhentilah Jadi Selfish. Sekejap je pun takpa.

Assalamualaikum.
Beberapa hari yang lepas, kawan aku hantar gambar kat kat aku. Ni gambar dia.
Sekolah lama dia and dia sebaya aku.
I'm not quite sure what had happened to his school. Maybe due to flood, or whatever things that can made this school looks like this.
Let me show you another photo(s) Taken from fanpage Raja Shamri. Belau actually tengah siapkan research bagi tesis beliau which is tengah ambil phd lah kiranya. And I have no idea macam mana dia handle family dia(dia belum berkahwin dan dalam konteks ni, emak dan dua orang adik perempuannya yang masih belum berkahwin), syarikat beliau dan misi bantuan banjir pascabanjir. And, beliau pernah mengendalikan satu slot untuk talk kat aku dulu.

Full Image atau ke fanpage Raja Shamri

Full Image atau ke fanpage Raja Shamri

Full Image atau ke fanpage Raja Shamri
I cant really imagine how women live there.

Dalam dunia ni, ada beribu-ribu, bahkan berjuta-juta yang tak mendapat makanan yang mampu mengeyangkan mereka.. sekurang-kurangnya sekali sehari.

Janganlah.
Jangan.
Jangan jadi macam negara Arab Saudi. Kaya-raya.Tapi bila ke sana. Rasa macam negara miskin je. Selain Masjid Haram, Masjid Nabawi dan tempat bersejarah dan hotel, tempat lain semua hampeh. Even Jabal Rahman pun bau hancing. Peminta sedekah merata-rata. R&R macam apa.

Bila dengar desas-desus menteri tu-ni-tu-ni holiday, beli tu-ni, anak bini berjoli sakan menda. Sedihlah. Sedih.

Dalam hidup ini, atau to be more specific, hidup aku, aku merasakan yang aku/manusia ni agak demanding. Mungkin not just me, tapi adik-beradik perempuan aku yang lain.Macam-macam aku minta nak-nak sebab nak masuk kolej dah ni. Handbag, kasut, bagasi. Kakak aku yang nak fly tu pun. Hehe jangan marah, kak. Kita sama je, demand melebih-lebih.

Sekiranya, sebulan, bagi dekat mereka yang fakir sebanyak RM380(sebab aku baru total up barang yang aku beli untuk sebulan ni), agak-agak apa yang mereka akan beli? Mungkin stok barang dapur untuk dua bulan, baiki tu ini. Entah, aku tak reti nak fikirkan. Sebab aku pun tak pernah menyelami dan menyantuni golongan sedemikian. Aku bukannya orang berada. Tapi bila lihat orang lain lagi susah. Bersyukurlah Sha.. Syukur. Bermuhasabah. Berhenti demanding barang mahal-mahal. Kejap pun takpe. Handbag yang mak baru beli tu, aku pakai setahun. Janji.

Raja Shamri tu selalu sangat post berkenaan misi dia dan ahli beliau, known as the Third Force. And most of the time, bila dia upload gambar, I cant help it by scrolling laju-laju. Sebab rasa tak mampu nak tengok. Sebab tak mampu nak buat apa-apa. I joined, group PEMBINA untuk Pahang. But then, Pahang dah OK. Sebagai perempuan, berkali-kali aku bermonolog.  "Kan best kalau aku lelaki. Cuti selepas SPM boleh pergi tolong orang kat sana. Kalau lelaki, bermalam mana-mana pun ok. Kudrat ada.. Buat rumah bla...bla..bla.." rasa macam aku menolak Qada' dan Qadar lah pulak.

18 tahun aku kat muka bumi ini. Mencapai 18 tahun paling menakutkan aku. Sebab aku akan berjumpa dengan pelbagai latar masyarakat, yang membawa 1001 sikap dan perangai. Ada perangan yang elok, Alhamdulillah. Ada perangan euw. Rasa macam nak bagi flying kick je. Jurulatih aku dulu banyak ajar movement untuk lawan lelaki. Tak sia-sia berpeluh-peluh setiap Rabu join Taekwondo sementara certain unit lain relaks je duduk dalam kelas. Contoh, Puteri Islam. Eheh.

Aku pergi driving class kat driving school pun dah berjumpa pelbagai jenis ragam manusia. Yang selfish. Yang makan duit rasuah. Yang perempuan serupa lelaki. Yang gatal terlebih miang. Yang playboy. Yang tak reti beza halal dan haram. Yang...yang...

Ok aku baru perasan satu masalah aku. Aku selalu lari dari point. Dan sekarang aku tatau aku dah tulis apa dan siapa audiens yang aku patut spesifikkan. Pak menteri kut. eheh.
Join satu event under iM4U. program rumah anak yatim bagi memenuhi masa cuti. dapat baju free

Wassalam alaikum.