Thursday, January 30, 2014

Jan 2014



“Terima kasih”
Aku dan Zack(Zakirah) turun ke kantin awal untuk rehat. Kebiasaan kami kerana Zack perlu tekan loceng dan tawaf satu sekolah manakala aku perlu siapkan laporan menyuarat perjumpaan pengawas. Masa tengah beli tu, kebetulan loceng sedang berbunyi. Usai membeli, terus penuh barisan untuk membeli makanan. Semangat betul Afzanians makan. Tapi masih belum ada pengawas yang berjaga. Maka, aku yang tengah pegang mangkuk mee sup berdirilah tepi tiang barisan untuk mengelakkan murid dpd potong barisan yang merupakan tabiat biasa pelajar Afzanians terutamanya senior. Dan ada dua orang murid(form 1 agaknya pasal dia pakai baju PJ. Kelas PJ hari Isnin adalah bagi Tingkatan 1) dengan selambanya menyuruh seorang pelajar India membeli makanan. Grr. Dengan nada tegasnya aku suruh murid india itu tidak menerima dan murid melayu itu beratur. Dia dengan muka tidak bersalahnya pandang aku dan tak berganjak semacam berkata: “kau tak kenal ke bapak aku sapa” dan aku dengan muka poyonya tenung dia seakan-akan berkata “like I care?” Kemudian perlahan-lahan dia mengambil semula wang yang diberkan kepada murid india dan beratur di belakang barisan yang panjang mengalahkan apa je. Selang beberapa saat, seorang murid sama tingkatan dengan sha cakap. “Terima kasih” aku tak pernah bercakap dengan dia Cuma pernah jalankan “spot check” keatas dia. Entah mengapa hati ini berasa berbunga. Bukannya aku lesbian atauapa Cuma, kadang-kala penghargaan keatas seseorang itu semacam suatu momentum untuk seseorang itu lebih menjalankan tugas dengan baik.
“Musim pindah sekolah”
“Aishah why did not transfer to smart last year?” Soal atlet squasy, kavitrane Williams. Aku pun dak pahe awat dia Tanya selepas setahun berlalu. “Is it because of the boys?” Huh,luruh jantung aku. Tahu tahu je dia. “I’m not really sure, but, maybe because of that.” Sambil gelak. Tapi sebenarnya aku mohon SBP dan MRSM jugak. Tapi tak dapat. Yang dapatnya SM Teknik KL.Masa tu hajatnya Cuma nak test market dan bila dapat tu, rasa bersalah pulak tak pergi. Dan bila classmate dan anak doctor harlina dapat Kolej Tunku Kurshiah hati ni rasa macam dirobek-robek.Kawan kat SMKAA pulak dapat Seri Puteri. Hati ni ibarat jatuh dari menara KLCC,kemudian jatuh dipijak gajah. Berkecainya hati ini.
Then lepas setahun berlalu, aku rasa. Okey, semua benda ada hikmahnya. Banyak peluang yang aku dapat duduk sekolah harian biasa. Sekolah aku ada ustaz yang menjadikan sesi pembelajaran itu menyeronokkan, dapat tengok cerita Al-Khawatir, dapat tolong mak ayah paling kurang pun tanak beras setiap petang sementara menunggu mereka pulang berkerja.Cikgu ajar, faham. Boleh Tanya apa-apa benda yang tak faham walaupun perkara remeh temeh. Boleh ajar adik dalam pelajarannya, berada dalam dakapan sahabat, dapat ke tuisyen yang baik. Cikgu lantik menjadi pengawas dan paling best, tak menyusahkan mak ayah. Kakak-kakak dulu semua duduk asrama dan kadang-kala dapat rasa, penatnya mak ayah pi ulang alik sma maarif dan shaks saban minggu. Kakak kepingin makan itu ini, tolong bawak sabun, minta duit dan sebagainya.
“Spot-check”
Hasil aduan pengawas, KP mengadakan spot-check dan aku pun join. Sepatutnya ajk tertinggi badan pengawas dak join, Cuma perhatikan sesi spot-check but then, aku tak pernah jalankan spot-check, maka aku pun join sekali. Dua buah telefon bimbit dirampas, liquid paper(bahasa melayu apa entah namanya) dan keronsang yang bersaiz besar(obviously bukan bertujuan untuk pin tudung dan jatuh akta(chewwah) barangan larangan perhiasan dan berharga) dirampas. Semuanya OK sampailah dua hari selepasnya, tuan empunya barang panggi aku “B.A.B.I” pertama kali digelarbegitu membuatkan aku kaku seketika. Terdiam. Ha? Keesokan harinya aku bagitau Zack dan dia cakap lain kali, balas “awaklah”.Grr.