Few weeks ago. Weekend macam biasa, petangnya ‘lepak’ kat
ward. Tengok-tengok case apa yang aku boleh study.
Masuk male ward, Lyn yang dah dekat ward mendekati aku. “Have interesting case
at bed 11.” Riak muka dia real excited menjadikan aku berganda excited. “what
case?” soal aku.
“Upper Gastrointestinal Hemorrhage secondary to suicidal
attempt. Dia minum detergent.” Okey.
Bagi aku, case sebegini, bukanlah melihat kepada ‘one of the
cause of UGIH is drinking detergent and bla bla’. No, no. Tapi, I’m scared that
if the patient turns out to be a Muslim, how I’m going to tackle this problem. How
I’m going to treat this patient holistically, cuba mengislahkannya,
menyantuninya, akan kenapa dia memilih jalan untuk menamatkan hidupnya. Someone
taught me,
Islam itu menyeluruh, bukanlah milik budak sekolah agama sahaja.
Bukanlah milik mereka yang hafiz, hafizah sahaja. Tak. Semua lapisan
background, bangsa kena mempraktikkan Islam. Nampakkan Islam tu dari semua
sudut bidang profesion, bukannya di kuliah-kuliah agama semata. Bukannya di
Fakulti Ulum Islamiyyah semata. Kalau bukan kita yang dilahirkan sebagai Islam
ini, memasukkan Islam dalam perkerjaan seharian kita, siapa lagi?
Ok. Back to the main idea.
Aku nak share satu catatan Hasan al-Banna.
“Wahai saudara sekalian,
Janganlah kamu berputus asa kerana putus asa itu bukan
akhlak orang Islam. Hakikat hari ini adalah impian semalam. Impian hari ini
bakal menjadi reality esok. Sesungguhnya ruang masa itu masa luas dan anasir
yang sejahtera itu masih kukuh dan gagah di dalam jiwa anak bangsamu yang
beriman biarpun kemusnahan begitu menggila. Yang lemah, tidak akan lemah sepanjang
hayatnya, dan yang gagah juga tidak akan gagah selama-lamanya.”
A lengthy nasihat, so apa yang kita boleh conclude?
Sebagaimana peritnya hidup harini ini, seteruk manapun kena
hentam dek lecturer, superior, sebagaimana sempitnya rezekimu pada harini,
jangan. Janganlah berhenti berharap. Dikecewakan sangat perit. Rasa macam a
whole world against you. Rasa macam Allah tak sayang.(Astargfirullahal adzim) Aku pernah alami
kekecewaan yang teruk. Masa tu aku baru 19 tahun. Surat tawaran dah terima, foundation
and interview passed with flying colours. Tinggal buat visa and fly je pergi
India. Berkali-kali aku questioned Allah, kenapa jalan hidup aku macam ni. At
the same time aku failed untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan
kat aku. Terlampau buta untuk bersyukur sebab tengok orang lain dikurniakan
nikmat lebih dari diri sendiri. Dan sekarang, aku sangat mensyukuri ketetapan
yang Allah atur. Allahuakbar.
“Allah give you more than what you’ve expected”
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah: 2:45-46:
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan
solat. Dan sesungguhnya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang
khusyu’, (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb
mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya”
Ayat last tu sangat deep. Rasa macam nak menangis bila meniti baris-barisnya..
Anyhow.. Just put your trust in Allah. Tanpa berbelah bahagi. Biarpun
perit bagai dihiris pisau tajam.. Pecayalah, ada hikmahnya. Barangkali kau takkan dapat tahu hikmahnya didunia.. barangkali hikmahnya terungkai di akhirat kelak..
Love, Sha
No comments:
Post a Comment