[16 August 2019]
Semalam aku follow sorang MO(Medical officer),Dr Safwan kat Maternity Ward(ward ibu bersalin). Masa aku approach Dr tu, beliau tengah bagi counselling/consultation kat ibu-ibu yang mengandung, dari katil ke katil.
"Assalamualaikum. Morning, Dr." aku mulakan sapaan.
"Waalaikumussalam, morning." sambil review case note patient.
"Dr tengah buat Ward Round ke? Can I join?".
"Yes, sure"
MO kat sini buat ward round sorang-sorang je weh, without specialist,or houseman and only with seorang nurse. Kat hospital lain, ada? hehe. Kalau kat Sarawak General Hospital (SGH), ward round sahaja, ada specialist, MO, HOs, students, elective students, pharmacist join sampai penuh satu cubicle. Eheh.
"Ada kelas ke harini?" beliau soal
"Takde, Dr. Datang untuk Ward Work, je."
"How long you guys going to be in this district Hospital?"
"3 weeks."
"So your learning objectives mainly on what?"
"Emm, mainly on management in district level with emphasise on referral system ke tertiary hospital.. and the limitation in district hospital.. management and common cases kat sini."
Beliau berhenti sejenak. Stop bagi consultation,
"Kejap ya Puan, sy mengajar bakal-bakal dr ni sekejap" in heart---banikya Dr, me issss terharuuuu.
So aku simpulkan huraian dari apa yang Dr Safwan cerita semalam;
Doktor kat hospital daerah ni takde stick to any department. sebab as a MO, diorang akan rotate each department every month. Bulan ni maternity ward, next month Medical Ward, then Paediatrics ward and so on. Basically you will have to cover whole hospital include emergency department bila sampai your turn.
Berbeza dengan kat smeenjanjung, beliau kata, sejujurnya, pesakit di hospital daerah sedikit dhaif.
Dhaif dari segi kewangan, transportation dan education--ini menjadikan sedikit sukar untuk semua rakyat di Sarawak mendapat accessibility ke pakar perawat.
Kalau cita-cita korang dulu nak serve community, tolong orang susah, maka bekerjalah di district hospital/klinik kesihatan. korang akan faham, taksemua patients yang datang, sama background as you all.
Ada yang naik van sapu pergi hospital RM10, balik RM10. Belu kira lagi kena naik boat express macam kat Kapit tu. Jalan perhubungan HANYA melalui bot express ni. Orang sini panggil boat, tapi dia sebenarnya ala-ala ferry yang nak pi Pulau Langkawi gitu. Tapi taklah sebesar tu.
Bercerita pasal boat express ni pulak, dia ada sampai pukul 3:15 petang je. Any emergency lepas tu, memang perlukan bantuan Flying Doctor Service. Tapi FDS ni hanya available sampai pukul 5 petang je. Lepas tu pilot tak berani nak bawak. And cost untuk fly can up to RM 5k for one hour. Very expensive. So i'm not sure Medevac n actually function ke tak. but yes, very helpful in supplying vaccine ke remote areas, or any other emergency cases...
Sebab tu dorang cakap, kalau emergency after pukul 3 petang memang antara diri dan Tuhan. Kalau patient tu boleh survive sampai ke esok paginya, maka ada lah peluang dia untuk jumpa doktor pakar, untuk dapatkan rawatan.
Hospital Dibu dulu pun Hospital daerah jugak, tapi level dia tinggi jugak. agak-agak macam HOSHAS kot..? Sebab Hospital Sibu siap ada colorectal surgeon. Hoshas ada tak..?
Transportation is the main issue. Accessibility. Pembangunan pun sama.
Even Serian Division ni yang hanya 1 hour away dari Kuching, pembangunan dia sangat slow. Even clinic kat sini hanya ada satu Type 4. Others Type 5 (based on design tau, bukan kehadiran)
Bukan setakat tu je, klinik-klinik kat sini takde Lab, tau. Farmasi ada tapi ada limitation ubat dia. Any lab punya thingy nak analyse semuanya kena hantar pi Hospital Serian. Lab kat hospital Serian ni pulak tak cover semua. Sample darah yang suspected Paracetamol toxicity pun kena hantar ke Sarawak Generah Hospital (SGH-one hour away) untuk being analyse. Even untuk confirm Rabies pun, sampel darah kena hantar ke Perak..
The thing is.. being a doctor in district area, akan membuatkan kau jadi lebih empati akan orang sekeliling. atas keaadaan patient, status sosial pesakit.
semoga Allah bukakan hati kita akan menjadi sesorang yang lebih sensitive dan peka atas kesengsaraan orang lain. Amiin ya Rabb.
Love, Aishah.