Sunday, January 11, 2015

Interview Yayasan Pelajaran Mara

Assalamualaikum.
So aku nakshare pengalaman aku pergi interview MJHEP under MARA.

Yayasan Pelajaran MARA ni lain sikit dengan MARA. Nama program dia Malaysia-Japan Higher Education Programme.  Permohona dia dibuka lepas aku habis SPM. Ayah aku ternampak iklan kat surat khabar, so suruh aku apply sebab dia geram kot tengok aku layan Naruto je 24 jam lepas habis SPM. heh. Syarat dia 8A ke atas untuk result trial SPM.

Ni first time aku pergi interview untuk sambung belajar.

Sebab result SPM tak keluar lagi. Sebab mana ada apa2 program lain dah buka.. Unless you mohon UTP... atau fast track UPM. Fast track UPM aku tak pasti ada lagi ke tak.

So, what course is this for?
Course dia basically engineering.
Well actually, interview ni untuk a short course of Japanese Language selama 5 weeks and it will be ended at the end of Februari, InsyaAllah. Lepas tu baru start dengan diploma program selama 3 tahun, thebaru pilih University kat Jepun untuk fly. Nanti aku cerita lagi.

Okay, so pagi semalam aku pergi with my Dad and my adik-yang-terbising-didunia and sampai hotel Zenith around 8:30 a.m. Aku ingat start pukul 830 pagi tapi macam dah penuh je. Then took my file, wrote my name. Datang awal, tau.

Ada short briefing about this programme, and questions from parents.

The sponsor agency is Yayasan Pelajaran MARA(YPM). Kalau kau pass interview ni, kau akan join short course bahasa Jepun. Lepas result SPM keluar, and kau pass the minimum requirement, akan ada lagi satu interview  sebelum start dengan diploma program in April for 3 years and if and only if you pass for diploma, you'll be going to Japan for Degree two years. At least you already have diploma lah if anything bad happen lah kan. If you well, thinking of pursuing  Masters for two years, then YPM will sponsor you (minimum 40 per year) and if you want to working in Japan, YPM will also support your choice, takde kena balik Malaysia wajib kerja dengan kerjaan Malaysia ke apa. Kalau kau nak further studying in Doctorate, Phd(ololo) for 3 years, still boleh mohon dari tajaan dari YPM(minimum 10 person per year).

Special YPM ni, dia akan bagi you scholarship from diploma, degree, masters and Phd. Nak tak nak je. Nak sambung, buat surat, belajar rajin-rajih, nah, go on, Doctor IR bla...bla..bla... That's why lah trial SPM is quite important.

Then barulah start dengan interview.

Tunggu kejap tu, nama aku dipanggil, along with two more names. And i’m the only girl. So I have to compete with the course that is majority is MALE. Bismillahirahmanirrahim.

Ice breaking lah kejap. Kang dalam tu berkumpulan takkenal apaper dahlah aku ni budak Afzan, jarang tengok lelaki, nak cakap dengan lelaki pun aku dah rasa jantung nak luruh naik luruh naik macam tunggu masa je.
Yang first seat Haziq, budak Alam Shah, Wuuuuu. Berdebar dah aku. Janganlah speaking berhabuk sangat, plis. Second, Faisal, Buki Rangin.

Then kitorang dipanggil masuk.

“Bagi salam dulu ye,dik” Ujar staf YPM
Aku first masuk. Bagi Salam. Done. No respond. She(Oh Mighty Allah, nasib baik perempuan) was like doing something else. Then I reversed. Then, ketuk pintu.

Then the YPM young lady staff tengok aku dan dengan baik hati asked a permission from the panel(thanks Kak hazum....err lebih kurang tu namanya...) and the panel bagi kitorang masuk...

Sebenarnya nak ikutkan etika, kena ketuk pintu sampai yang dalam bilik tu jawab, k...

Introduce yourself. Siapa cepat dia dapat.

Yang lelaki tu start dulu dia explain explain and explain. Head Prefect Brass. Wanted to be Petroleum Engineer

Next, Haziq. Entah betul ke tak nama dia. Dia dari SMK Pelindung, then Alam Shah. First choice Medicine.

Then me,
Masuk aku, habaq mai, first –first. “I ended up my six years of primary school in SJK C Kong Min, thus, i can speak fluently in Mandarin blaa....blaaa... aku tak suka jadi pengawas....sampailah ada orang paksa masa f4...then dilantik jadi secretary...head editor school magazine club...jadi lebih professional...” kira masuk bakul angkat sendiri. But hey, no cheating while interviewing.

Ni lah masanya korang puji diri sendiri, angkat segala bakul kau ada. Aku terbaca pasal tips ni kat mana entah. Masa ni kau angkat bakul takde orang akan annoy dengan kau, ok.

The dia tanya

Why Japan, Whyyyyyy???????!!!!!!!!!!!!!!!

You okey ke if 3 years in Malaysia, then the next 2 years in Japan? What if while you’re in last year diploma the in what’sapp someone is sending pictures of them playing snow in  UK,will you be okey?
Actually masa dia cakap ni, aku nak mencelah but then tak macam soalan pula apa yang dia cakap tu. Dia macam nak bercerita je. So kitorang cuma diam. tapi dalam hati aku,

“Point saya ialah, kalau students pergi UK or, OZ, US or wherever in this world pun, mesti kena ada buat IBDP or A-level dua tahun. Kalau tak tu, memang untuk ke Tanah Arab, Jordan dan jiran-jiran dia tu je lah. So, it just one year lambat, and we still have diploma kalau tak pi Japan pun. And Japan is a advance country that worth to wait for another one year. Besides, IBDP is hundreds more harder than diploma. I'm not planning to take IBDP”

Heh, dalam hati jelah, Sha.

The she asked, what cause the recent flood. Natural phenomenon that related with flood. 
Dia cakap answer tu masuk surat khabar dua tiga hari lepas. Tapi none of us boleh jawab. haha.

Mistake yang aku buat was..aku cakap kat panel yang Engineering second choice aku. First Medicine. But then... Shah! Bukan First choice kau Biomedical Engineer slash(/,atau) Doktor ke? Aku macam. Menyesal!!!! Tawakkal. Ok. Allah tahu apa yang baik untuk aku. Mungkin Disebabkan aku takleh kawal lidah cakap tu second choice aku, dan YPM reject aku, mungkin masa depan ada lagi offer. Amiin Amiiin, InsyaAllah InsyaAllah... Rahmat Allah tu kan luas ;) By the way results khamis ni. Mohon doakan. Doakan untuk SPM aku jugak. Thanks ;)

There’s time when my partner tergagap-gagap speaking and she said, i don’t mind if you want to rojak or in Malay, just make sure apa yang nak disampaikan, sampai but i prefer in English. And memang lepas tu, aku ada jawab rojak lah. Eheh.

So tips, dia, if you nervous sangat sampai cakap English tergagap, and rasa Malay is better, then, go on..

Kadang kala panel tu ada buat mata “oh yeah?”

Haha. Mencabar sikitlah.
And she will look into your eyes. So don’t you ever pandang sana sini pandang kasut baru or what.

So cukup almost 15 minutes, done.
Aku dah siapkan something like resume sebenarnya. kot-kot nak impress dia tapi dia tak baca pun sob sob.

Heh. Basically untuk mana-mana interview, penting untuk confident tau. Practice practice and practice untuk introduce yoursel. Cerita segala jenis portfolio kau pegang zaman sekolah.

Maaf saya menggunakan bahasa rojak yang agak kurang sopan. Malas check. Continue my novel that halted due to preparation for the interview. Do pray for me. For my SPM. For Flood Victims. May Allah accept our du'a and make ease of all our circumstances. Amiin

Monday, December 1, 2014

Rant on Pissa, SPM, and whatever in my mind lah!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah SPM dah berlalu hampir sebulan yang lalu dan lega sikit rasa. ahaks! tapi serius, aku agak risaukan subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris aku. Waaaa, Aishah dont mention about SPM!!! But seriously.... subjek bahasa are killer subjects! But, insyaAllah semuanya ok. Aku dah berusaha, doa sebanyak mungkin dan yang tinggal, tawakkal... ya Allah, sesungguhnya hanya padamu aku berserah... kau limpahkanlah kejayaan kepada hambaMu ini...
Mohon doakan, wahai sahabat, pembaca, atau sesiapa sahaja yang baca ni even yang kena paksa baca. Amiiin, Amiiin....

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyayang, Pengasih dan Maha Berkuasa, Hanya padaMu hamba-hambaMu ini menyerah diri. Berikanlah ingatan yang kuat, kecerdikan yang tinggi kepada kami agar dapat membangunkan umat Islam di dunia dan semoga kami tergolong dalam golongan yang bahagia di akhirat. Jauhkanlah kami daripada berlaku derhaka kepadaMu atau insan lain. Makbulkanlah hajat hambaMu ini dan rakan-rakan sekelas ku untuk menggenggam sijil SPM dengan 10A+. Sesungguhnya Engkaulah Maha memudahkan segala yang sukar dan maha memakbulkan segala hajat-hajat kami. Amiin.
 Pissa
Kalau orang cakap Pisa ni mesti duk teringatkan menara di Paris tu. Start lah berangan-angan romeo and juliet di tengah paris ala-ala macam Taylor Swift dengan God-knows-who-is-his-name dalam klip video Love Story. Romantis gitu. Takpun, kalau cakap pasal pisa mesti ingat yang Test Maths and Science di mana Malaysia mendapat tempat yang antara tercorot dalam dunia. Malu wehhh. Waduhhh... Adik-adik yang akan ambil ujian tu(tak silap aku form 2 eh last time?) buat lah baik-baik sayang....
Kembali kepada subtopic kita,Pissa. Actually Pissa stands for Projek Intravensi Semua Subjek A1(InsyaAllah Amiin, Amiiiinnn) dan aku merupakan salah seorang antara 240 murid yang dipilih berdasarkan keputusan PAT 2014. Projek ni menyediakan kelas tambahan dan bengkel. And thing that i am eager to talk about is the Bengggkelllll@Seminar!!!! It was totally joyful and full of surprising! I met my long lost best friend when i was 7 year-old and finally met her back after long 10 years! subhanaAllah! Betapa hebatnya aturan , skrip yang telah ditulis Allah Swt. Sampai ke hari ni aku rasa kagum yang teramat!
Hazirah!!!  
That's all.
Love,
Aishah

Wednesday, August 27, 2014

Tips mengerjakan umrah yang remeh temeh tapi penting! Versi Updated

Adik ketika menunaikan umrah sunat. jam adalah sekitar 11 pagi.
From left. Fatin(cousin), kakak, me, adik and dad. Belakang tu Pak Arab salesman

Assalamualaikum.
Dulu beberapa bulan sebelum berangkat ke Tanah Haram, bedtime story aku adalah membaca traavelog-travelog umrah. Aku akan skrol down tab aku mencari-cari panduan dan tips-tips mengenai berangkat ke Tanah Suci. And then, somehow, aku rasa macam banyak yang kurang dari apa yang aku alami sendiri kat sana. Jadi dengan sedikit rasa tanggungjawab dan semoga meraih pahala disisNya, maka, akan aku ceritakan panduan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan-KLIA-Medina-Makkah-Jeddah-KLIA-LTSHAH. Dan aku bercerita ni dari segi wanita. Jadi, suruhlah isteri, mak, adik perempuan kakak atau nenek jadikan rujukan,ya. Kalau lelaki nak pun takpa...

Umum:
1) Jubah (2)
Sebagai wanita... anda akan beli(borong) banyak jubah di sana kerana harganya serendah SR20-50 di pasar lambak Mostly SR30 berwarna hitam dengan pelbagai sulaman biru, purple, kuning, putih serta ada juga yang dipenuhi manik. SR30 bersamaan dengan kebih kurang RM26. Di kedai kedai pula terjual dengan harga lebih kurang plus minus SR 120. Sangat cantik dan berbaloi. Dan semestinya anda akan membelinya. So, apa kata save banyak sikit ruang untuk bawak balik jubah Makkah dengan membawa sedikit jubah dari Malaysia?

2)Seluar track (1)
Kalau nak dua boleh jugak. Pastikan seluar track anda mempunyai poket. Aku pakai seluar track even though pakai jubah labuh sebab nak sorokkan kamera/handphones. Bagi wanita, terdapat polis yang akan berjaga di pintu masuk Masjid Nabawi dan 'check' tas tangan anda dan melarang wanita yang membawa kamera/phones dari masuk. So, anda ada 3 pilihan;yang bawa tu, boleh sorokkan dalam poket seluar, atau solat di bahagian luar masjid(bersih) atau balik ke hotel, tinggal handphone dan datang balik.
Bahagian wanita, Masjid Nabawi.Seusai solat fardu

3)Sarung kaki + lengan(3pasang), kasut tawaf(sepasang)
Pastikan tebal dan selesa. Make sure bila anda pakai,  tak nampak kulit. Better hitam @ coklat. Kasut tawaf boleh didapati di kedai menjual keperluan Haji/Umrah. Aku beli di depan Masjid Negeri dengan harga RM10

4)T-shirt muslimah(1)
Hanya untuk dipakai ketika tidur. Boleh basuh.
Berhapiran di Gua Thur. Suasana amat berdebu. Dari kiri, my sister, mum, me and tok.

5)Tudung instant(2)
Better tak ada awning, yang lembut tu je supaya tak renyuk. Adik aku, Laila, bawak satu je. Tudung sama je dia pakai. Aku pakai tudung syria je, bawa anak tudung 3 berlainan warna, dan 3 ibu dia. So main switch-switch je sesuaikan dengan baju. Kadang kala pakai shawl. Shawl banyak dijual di berhapiran Masjid Nabawi dengan harga SR5-10 sehelai. Masa naik Jabal Rahman tempoh hari, terdapat banyak penduduk tempatan yang menjual inai(kisar), tasbih, tudung baju dan sebagainya. Mostly inai.(rugi tak beli! dahlah tu serbuk punya!) Berhentilah kejap, semasa kakak tengah pilih baju T-shirt untuk kawan lelaki dia, aku ada beli dua helai shawl hitam satu besar dan panjang manakala satu lagi saiz biasa dengan harga SR5 satu. SR5! SR5 bersamaan dengan RM 4 lebih. Dan sampai ke hari ni aku pakai tudung hitam yang bercorak emas dan permata biru tu. Pasal apa aku pakai lagi? Sebab berkualiti! Kalau aku pin pun, dia takda kesan lubang dan mudah dibentuk.
Ziarah Wadak di masjid Nabawi. Menyampaikan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat serta buat warga Perkuburan Baqi'

 6) Telekung(2)
Adik ketika umrah wajib. Hari pertama di Makkah
Kalau pergi masjid untuk solat mahupun menyelesaikan ibadat umrah, cuma perlu pakai telekung. Telekung yang aku pakai bukanlah telekung biasa tetapi seperti tudung syria tetapi telah melekat(tak berpisah macam tudung syria biasa) Rujuk gambar. Bahagian atasnya melekat pada dahi dan tidak menyusahkan ketika sujud. Gambarnya ada iaitu berwarna hitam dan adik ada pakai, yang warna putih. Yang berwarna jingga-coklat tu bukan diperbuat daripada kain jersi, dan agak berat. MyDin-RM70.Kalau pergi semasa musim sejuk, tak banyak peluh dan terasa nyaman je lebih-lebih lagi sekiranya anda memakai telekung berkain jersi. Dua pasang sudah memadai. Ketika musim panas aku tak pasti tapi mungkin anda akan lebih peluh. Lagipun telekung boleh dibasuh disana.


7)Kasut. 
Pastikan kasut anda SELESA. Jangan nak pakai selipar Jepun atau bertumit tinggi. Pastikan ia bertutup di hadapan dan tapaknya lembut. Di BATA banyak jual dengan harga promosi. Anda akan berjalan jauh terutamanya di KLIA, Terminal Haji dan ketika ziarah luar(Jabal Uhud, Masjid-masjid, dan sebagainya.) Pilih yang selesa. Percayalah, berbaloi.



Di KLIA with luggages
Menara zam-zam. With salesman.

8)Beg
Agensi Rayhar menyediakan 5 beg iaitu
1)beg bagasi yang akan diletakkan di kargo,
2) beg beroda sederhana kecil(boleh dibawa ketika flight),
3)beg triple kecil untuk meletakkan beg duit mahupun handphone atau buku ayat-ayat bacaan, 
4)beg telekung(yang macam beg save Earth yang ada dijual di parkson dan
5)satu beg uncang untuk kasut.

Sebelum anda sampai ke hotel di Madinah(sekiranya KLIA-Madinah) atau Makkah(KLIA-Makkah) JANGAN keluarkan beg kecil,beg telekung dan beg uncang anda. Anda akan berasa serabut dengan beg banyak-banyak. Trust me, aku dah alami. Letak je semua beg kecil-kecil tu dalam bagasi, beg duit, kamera atau apa-apa tu, letakkan je kedalam beg beroda kecil. Telekung, tuala kecil pun sama. Nak makan minum di KLIA, bawak je sekali. Sampai Tanah Haram baru keluarkan. Anda akan berjalan jauh dan rasa macam nak buang je beg-beg tu. Trust Me. One more, 6 orang boleh share 4 beg bagasi +5 beg beroda je. 3 pun boleh. Nak-nak yang warga emas. Warga emas sila kongsi beg dengan orang muda. Sebab anda tidak akan larat membawa beg banyak-banyak. Selain itu, menjimatkan dan memudahkah. Family aku, 6 orang, 4 beg bagasi+5beg beroda kecil.

%%Perkara yang sesuai diletakkan ke dalam beg beroda kecil adalah(untuk kegunaan di dalam flight, KLIA atau terminal haji kerana anda AKAN terpaksa menunggu at least 4 jam di terminal haji(sekiranya menaiki pesawat dari Jeddah ke KLIA. Semasa pergi, dari KLIA ke Medina, dari 11 pagi sampai 8 malam baru dapat boarding pass dari pihak agensi sebab flight malam. sampai KLIA pagi.amik nak.)
~)baju sejuk
~)telekung
~) ubat-ubatan
~)tuala lap muka
~)make-up/pelembab bibir dan sebagainya(sekiranya cecair, jangan melebihi 110ml kalau tak, kena rampas oleh pihak kastam)
~)makanan ringan
~)pantyliner(s)

My Dad. Masjid Haram, Tingkat 2.

9)Baju sejuk.
Hotel Dallah Taibah, Medinah
Bawa yang ringan dan save ruang. Letakkan didalam beg beroda kecil. Baju sejuk penting sekiranya anda menunaikan umrah pada bulan 12-4 kerana itu adalah musim sejuk terutamanya di Madinah which is double sejuk compare tu di Makkah. Baju sejuk juga penting semasa di Terminal Haji di Jeddah terutamanya apabila anda kena check-in semasa tengah malam atau awal pagi. Sebab Check-in adalah TIGA jam sebelum masa berlepas. Pengalaman akulah. Dan anda akan bagaikan dikuncikan ke sebuah hall menunggu yang suhunya macam dalam petu sejuk rosak(8-14) Aku tak pernah pergi Eropah and aku tak tahan sejuk. Dahlah aku nak demam balik bila di ruang menunggu tu. Nasib baik ada cafeteria menjual minuman panas tapi dengan harag yang cekik darah.



10)Ihram.
Sepasang dahlah. Pastikan sepasang sorang. Takda kongsi-kongsinya. Tapi mostly tempat miqat ada jual kain ihram. Kecualilah kalau anda flight dari KLIA terus ke Jeddah. Sebab miqat dalam flight.

11)Makanan
Tak payah. melainkan kekacang yang anda berniat nak makan di KLIA sementara menunggu berlepas. Pastikn makanan tidak basah. Makanan dalam flight boleh tahan banyak jugak. 2 kali makan tau. Di Arab Saudi pun menyediakan makan 5 kali sehari. Kalau tak pun, kedai kedai banyak. Nak-nak di market berhampiran Menara Jam. Di Madinah dan Makkah ada berlambak-lambak kekacang yang Ya Allah,sedap dan murah! Harga dari SR40-55 1kg. Boleh buat balik dan gunakan untuk buat kuih raya. Demi Allah, berbaloi sangat!

12) Buku dan al-Quran
Masjid Nabawi
Tak payah.Kalau nak sangat, just download banyak-banyak kisah motivasi dan al-Quran di playstore. kerana agak sukar untuk menjaga al-Quran kerana anda mungkin meletakkannya di tempat yang bawah dan menjejaskan kemuliaannya. Lagipun, di Masjid Nabawi dan Masjid Haram ada banyak sangat alQuran yang diwakafkan dan banyak dijual di hotel, kedai buku mahupun di hadapan masji Nabawi. Di Masjid Nabawi, setiap 50 metre pasti ada rak al Quran manakala di Masjid Haram, setiap penjuru ada. Anda tidak digalakkan membeli al-Quran yang terdapat di depan pintu masjid Nabawi untuk diwakafkan kerana tidak diterima. Sila bertanyakan kepada agensi anda sebabnya. Setiap agensi akan menyediakan al-Quran dari kilang untuk diwakafkan kepada masjid dengan harga SR25-SR50 untuk yang kecil(saiz buku latihan past years question spm)/

13)Bawa botol air kecil
Tupperware yang berjumlah 500ml sudah cukup untuk menghilangkan dahaga semasa menunggu waktu solat seterusnya.  Di Masjid Nabawi, tong air disediakan di pintu masuk dan agak jauh di ruangan solat(Melainkan anda lewat dan terpaksa solat di tepi tong-tong air,tapi tempatnya dijamin bersih 100%) Lebih-lebih lagi ketika ingin masuk ke ruangan Raudhah where you have to wait about 2-3 hours before Asian people were allowed to get in.
14) Pelembab muka, bibir
WAJIB!  Tak kiralah musim sejuk, or panas, Timur Tengah iklim KERING!
Teringat macammana bibir merekah habis, kulit ada naik kasar, dahi aku naik jerawat kerana keringnya tempat tu
15)Wang
Seminggu sebelum berangkat, aku keluarkan duit Tabung Haji aku RM1000(tak ganti lagi ni) dan tukarkan ke Saudi Riyal dan memperoleh sebanyak SR1100++. Mak aku keluarkan RM1000 begitu juga dengan nenek dan kakak pun sama. tapi sebenarnya tak perlu pun sebab banyak lebih dan kena tukar balik ke RM. Cukuplah RM800 seorang sebagai langkah berjaga-jaga untuk seorang sekiranya pergi hanya untuk beribadat. Makanan dan sekali dalam pakej sehinggalah kita berlepas balik ke Malaysia. Waktu makan di sana juga 4 kali sehari dan sangat banyak menu dihidangkan terutamanya di Hotel Madinah kerana bertaraf 5 bintang(hotel di madinah murah kot berbanding hotel di Makkah)
Kalau tak cukup, ada banyak tempat keluarkan duit. Jangan risau.

Masjid Nabawi. The second largest mosque that i had ever entered.
16)COOLFEVER dan ubat ubatan.
Bawa dua kotak. satu kotak sekitar RM9 ringgit, ada 12 tak silap. Aku beli kat MyDin. Baik prepare awal-awal di Malaysia sebab harga coolfever di Mekah adalah SR27 hanya 4 keping!=SR8 sekeping which is about RM7 sekeping. Mak aihh. Ubat ubatan disana pun boleh tahan mahal. Tapi klinik kerajaan di sana adalah free. Aku pernah dimasukkan ke Ajyad Hospital. layanan yang diberikan adalah bagus berbanding dengan klinik swasta. Serius!

17) Mask, penutup muka
Better yang ikat bagi wanita dan tebal. Suasana di sana agak berdebu. Padang pasir lah katakan.
Kalau aku ingat apa lagi yang nak dibawa, aku akan update dari semasa ke semasa. Tak berapa ingat deh..

Sekiranya terdapat sebarang soalan, sila e-melkan ke aishah_sha26@yahoo.com
Thanks for reading!

SPM

Assalamualaikum.
Esok paper account. So aku ingat nak study PAI je esok as lusa exam PAI.
Minggu depan Selasa subject Tasawwur Islam.
I waanted to be a scientist but SPM trial was just...so....
hard.
Aku rasa macam.. Kenapa certain orang, miracle tu senang je berlaku? Kenapa kadang-kala orang tu baca buku, ulangkaji seminggu sekali, at the end, the result mengalahkan orang yang duk study macam aku. Why? Why orang yang study sikit sikit, masa exam dapat skop punyalah detail and result keluar, bagus. Aku pulak asyik dapat skop macam semua tajuk masuk. Rasa macam dunia ni tak adil. Yeah, kadang-kala dunia ni langsung tak adil sejak azali lagi. But then, percayalah sha, Allah sentiasa mendengar apa yang ada di dalam hati-hati kamu. Percayalah. Banyakkan doa, tawakkal dan... Allah kan ada, then, Smile :)

Mid Year exam haritu aku dapat 7A. 2B+ and 1C. And now, disebabkan aku baru habis exam dan trial bagi aku susah... I dont even have time to complete my Physics' objective questions. Same goes to Chemistry where i forgot the catalyst that used for experiment that can be done in experiment. 11 marks for essay gone. Please, pray for me.For My SPM and my fututre.

Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyayang, Pengasih dan Maha Berkuasa, Hanya padaMu hamba-hambaMu ini menyerah diri. Berikanlah ingatan yang kuat, kecerdikan yang tinggi kepada kami agar dapat membangunkan umat Islam di dunia dan semoga kami tergolong dalam golongan yang bahagia di akhirat. Jauhkanlah kami daripada berlaku derhaka kepadaMu atau insan lain. Sesungguhnya Engkaulah Maha memudahkan segala yang sukar. Amiin.

Aku baru apply satu form menggunakan result mid-year aku. Harap-harap semuanya baik. Ya Allah, permudahkanlah. Semoga hambaMu ini memperoleh keputusan yang cemerlang bagi trial SPM dan SPM nanti. Amiin. Doakanlah aku, ya kawan.

Sekarang ni, aku sangat memerlukan rehat sebelum sambung study malam nanti bagi subject PAI dan TI. Tapi kalau nak diikutkan, aku rasa macam ada benda yang nak aku luahkan, semoga tenang. Habis SPM ni, aku nak study balik betul-betul(eventhough aku rasa aku dah habis study betul-betul dah) Usaha lagi, sha! Biar lah study sampai termuntah-muntah, Ilmu tu! Dan muntahkan semasa dalam exam SPM sebenarnya, ya!
p/s Alhamdulillah Maths and add maths aku dapat A. Oh Mighty Allah, Thank you.