|
Di hadapan Masjid Haram dan Menara Jam; Dataran Haram |
Ketika
melakukan ziarah luar seperti ke Jabal Uhud, Perkuburan Baqi’ dan Pasar Kurma mahupun
ketika di dewan makan hotel Dallah Taibah, ustaz Abdulhadi Amin selaku mutawwif
kami sering bercerita mengenai kisah-kisah perjuangan para sahabat dan
Rasulullah di bumi Madinah dan Makkah. Mengalir air mata jemaah Rayhar apabila
mendengar ucapan ustaz Abdulhadi yang sarat keindahan bahasa serta dari sudut
penyampaian yang menyentuh perasaan terutamanya ketika di Jabal Uhud dan di
hadapan Makam Rasulullah serta dua sahabatnya(bahagian luar) SubhanaAllah.
Allah merahmatinya barangkali.
Ziarah
Raudhah merupakan ziarah yang paling menuntut kesabaran yang tinggi. Jemaah
dari Asia akan dikumpulkan di suatu sudut sebelum masuk ke Raudhah. Hal ini
mungkin kerana mengelakkan kematian akibat dipijak oleh jemaah dari Tanah Arab
kerana saiz mereka lebih besar berbanding saiz orang Asia. Setelah hampir 3 jam
menunggu, akhirnya kami dibenarkan masuk bersama agensi masing-masing. Sebaik
sahaja melalui karpet hijau(raudhah dan luar raudhah dipisahkan melaului karpet
berwarna hijau dan merah) sedaya mungkin berbaik sangka dek kerana ditolak
ditarik oleh jemaah-jemaah dari Indonesia terutamanya yang berebut tempat untuk
solat sunat. Sebanyak mungkin hati ini berdoa agar Allah memperluaskan Raudhah.
Alhamdulillah, atas bantuan ustazah mutawwif Rayhar, saya berpeluang bersolat
sunat di sana dan merasai ketenangan yang tak dapat digambarkan. Taman Syurga.
Allahuakbar. SubhanaAllah.
|
Bahagian luar Masjid Nabawi |
Setiap
kali masuknya Solat fardhu, maka penuhlah ruang masjid bahagian wanita yang
seluas SMKAA dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Betapa istiqamahnya
penduduk di mengerjakan solat.
Difahamkan juga bahawa waktu solat merupakan waktu rehat bagi pekerja
tempatan. Tak termasuk bahagian lelaki yang lebih besar berbanding ruangan
solat wanita.
|
Adik bersama salah satu pintu yang di sadur dengan emas |
Hari
kedua, bersama jemaah Rayhar bersama dua buah bas melawat ke Masjid Quba’,
Masjid Qiblatain(peristiwa dimana Qiblat bertukar arah dari Masji Aqsa,
Palestin ke Masjid Haram, Makkah), Pasar Kurma Uthman b Al Affan,dank e Jabal
Uhud. Suasana di Pasar Kurma sungguh
seronok. Para penjual asyik dengan pembelinya dan pengunjung kebanyakannya akan
mencuba semua jenis kurna, coklat yang segar dari kilang boleh didapati dengan
harga SR40 sekilogram dan kekacang sebelum mebelinya. Mutawwif juga berpesan
agar kami makan sehingga kenyang sebelum membeli. Harga bagi kurma agak murah
tetapi tidak bagi kekakcang. Saya pernah bertanyakan kepaa seorang pemuda
jemaah rayhar mengenai harga sekilogram kacang gajus ketika sedang beratur di
kaunter. Agak terkejut apabila dia mengatajkan SR70 sedangkan terdapat kedai di
hadapan Hotel Dallah Taibah dijual dengan harga SR40! Selepas memberitahu
perkara tersebut, terus pemuda tersebut menok tepi kekacang yang ingin
dibelinya. Marah pak cik Arab yang berjaga di kaunter. Haha.
|
di hadapan masjid nabawi; pasar yang menjual pelbagai pakaian, makanan |
Setelah
mengharungi musim sejuk kering hampir 3 hari di Madinah,tibalah masa berangkat
ke Kota Makkah; bagi menunaikan Umrah. Setelah Ziarah Wada’, hati ini tidak
putus-putus berdoa agar dijemput Allah Swt ke sini lagi. Dan sungguh, saat ini,
hati ini memberontak dek kerana rindukan Tanah Haram Madinah... Kami berniat
Umrah di Bir Ali, kira-kira 15km dari Tanah Haram Madinah .Sebelum sampai ke
Kota Makkah yang memakan masa kira-kira 8 jam, kami singgah di sebuah RnR untuk
solat jamak dan qasar maghrib serta Isya’. Dan ini merupakan ujian pertama bagi
jemaah Rayhar.Ustaz(saya tak pasti ustaz ke apa atau hanya petugas Rayhar atau
pelajar di Tanah Arab kerana masih muda) memdapat panggilan dari jemaah yang
sampai dahulu di RnR bahawa di situ tiada air.
Lalu kami terpaksa membeli 8 botol air mineral dan mengambil wuduk untuk
ahli keluarga kami. Bayangkan, sebelah tangan memegang botal air dan sebelah
lagi menyapukan ke anggota wuduk. Suasana ketika itu agak kelam kabut kerana
masa diberikan sejam, dan terdapat lebih sepuluh buah bas bersama jemaah masing
masing yang ingin bersolat disitu serta suraunya agak kecil(ruangan wanita
lebih kurang saiz bilik darjah). Yang lebih menyeksakan, suasana ketika itu
amat berdebu dan semua jemaah berada dalam keadaan ihram(wanita tidak
dibenarkan menutup muka). Usai solat dan membeli kebab kami langsung meneruskan
perjalanan ke Kota Makkah.
|
Jalan jalan di sekitar masjid haram |
Kami
sampai ke Kota Makkah kira-kira jam 12 tengah malam. Selepas membersihkan
diri,di Hotel Qasr al Qamar, kami bersama mutawwif menuju ke Masjid Haram
kira-kira 80 m dari pintu hotel ke pintu masuk Masjid. Suasana ketika itu
sungguh menyenangkan walaupun di lobi saya terpaksa naik ke bilik untuk
mengambil wudhuk kerana Faiz, sepupu saya, terpijak kaki saya dan saya terlupa
bahawa tersentuh antara lelaki dan wanita bagi tawaf adalah sah. Hati ini
begitu teruja untuk menjejakkan kaki ke tanah haram. SubhanaAllah. Ketika
memasuki pintu King Malik, semerbak baunya yang sungguh indah mengiringi. Entah
ada jemaah yang pakai minyak wangi masa ihram kea pa, tetapi belum pernah saya
bau sesuatu yang sebegitu indah kerana saya sering loya dengan bau wangian. Ketika
tawaf, saya dan keluarga terpisah. Masa tu cuak jugaklah tapi Alhamdulillah
tangan ni terpegang telekung adik. Ketika sedang tawaf, saya terlupa akan
doa-doa yang disarankan baca ketika tawaf. Nak dijadikan cerita, terdapat
jemaah dari Rusia mungkin sedang tawaf berkumpulan. Lelaki. Membacakan doa-doa
yang disarankan dengan suara yang agak kuat. Saya pun menarik adik saya ke arah
mereka dan tawaf berhampiran mereka sambil sama-sama memabcakan doa-doa. Haha.
|
Suasana di malam hari |
Usai 7
pusingan tawaf menelilingi Baitillahi haram, saya dan adik menuju ke Hijr
Ismail untuk solat sunat. Alhadulillah berjumpa kembali dengan sepupu-sepapat
serta ayah, mak saudara. Tapi mak ayah sendiri dan adik beradik lain takpulak
jumpa. Dahlah ketika itu masih belum tahu arah menuju ke tempat Saie. Mutawwif,
usahkan cerita, mutawwif pun tiada bersama jemaah rayhar yang lain barangkali.
Setelah menaiki beberapa ekskalator, akhirnya kammi tiba di kawasan saie.
Ketika saie, keadaan lebih lenggang. Suasana juga lebih dingin kerana terdapat
pendingin hawa serta kipas. Walaupun jarak antara bukit Safar dan Marwah agak
jauh, dan 7 kali saie agak memenatkan, tetapi ketenangan tetap terasa. Kadangkala
ketika berjalan tu berasa mengantuk. Teruk betul. Setelah bertahlul atau
bergunting, maka selesai jualah ibadat umrah pertama atau ibadat umrah wajib
saya. Alhamdulillah.Jam 3 pagi ketika itu, kami pun duduk di atas sebahagian
bukit Marwah yang masih ada diditu. Memperoleh berakah dari peristiwa Siti
Hajar dan merupakan sunat selepas saie
Ketika
di Masjid Haram, melihatkan semua manusia tanpa mengira warna, bangsa, mazhab
dan darjat bersama-sama berkongsi satu akidah iaitu lailahaillah membuatkan
saya berasa bersyukur atas nikmat dilahirkan dalam keluarga Islam. Sering saya
dengari Sesuatu yang kita anggap granted taklah seindah golongan lain yang
“meperoleh” Islam setelah “mencuba” pelbagai agama yang lain. Hati ini tidak
putus putus agar rakan-rakan bukan Islam kembali ke agama ini. Pernah sekali,
saya terlihat seorang lelaki menggunakan papan luncur ketika tawaf. Lelaki
tersebut tempang kedua-dua belah kakinya.
Penghulu
segala hari, Jumaat bersamaan dengan 21 Mac, saya diserang demam panas. Mungkin
kerana terlalu penat ketika berada di Gua Thur dan mendaki Jabal Rahman
barangkali. Petang tu, Haji Nasir, anak pasangan dari Kelantan yang dilahirkan
di Tanah Arab merangkap petugas Rayhar membawa saya ke Klinik Al-Faraj. Setelah
diperiksa, dan mendapat dua suntikan sampai ke hari ini terasa sakitnya,
kebetulan telah masuk waktu Maghrib, 6:30 petang. Langsung terlihat seorang
pegawai menghamparkan karpet dan bersolat jemaah di ruangan kosong di hadapn kaunter.
Allahu...
Keseokan
harinya, kami menuju ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah sunat dan
seterusnya ke Ladang Unta.Agak teruja kami melihat akan unta-unta yang dapat
bertahan mengenai suasana panas di padang pasir.Terdapat juga majikan di sana
yang menjual susu unta berharga SR5 dan air kencing unta berharga SR20. Banyak
fadilat kedua-dua minuman tersebut. Ya, air kencing unta merupakan minuman
untuk mengubati sesetengah penyakit.
|
hadapan makam Rasulullah(hijau) dan sahabat.(kubah putih tempat imam bersolat |
|
Hari seterusnya,demam
menjenguk kembali. Ayah Teh yang baru kebah dari demam(Ayah Teh telah ke Mekah
4 kali dan tertanya-tanya bagaimana badanya masih belum imun terhadap pathogen
pembawa demam) menyarankan saya agar mandi dengan air zam zam. Dibuatkan kakak
saya ambil air zam zam yang telah disejukkan. Menggigil saya tengah hari tu
sebelum dikejarkan ke Ajyad Emergency Hospital. Suhu ketika itu 39.5 darjah dan
jururawat membasahi kepala dan kaki saya dengan kapas yang telah disejukkan dan
dimasukkan 2 botol IV. Selepas hampir 2 jam, saya boleh di-discharged. Teringat
akan mukadimah antara saya dan doctor saya itu. “Your name is Siti. My name is
Islam. You can call me Sister Islam.” SubhanaAllah, ramah juga bangsa Arab ini!
Ada sekali, wanita Arab lalu di hadapan katil saya. Tak semena-mena beliau
mengucapkan Salam sambil menjabat tangan saya. Allahu. Yang menariknya,
hospital di Arab Saudi percuma wakaupun kepada bukan warganegara!
Dua jam
sebelum Zohor. Masa tu semua orang ceria tetapi masing masing tahu betapa hati
tidak ingin meninggalkan Tanah Hara mini. Barangkali rindukan anak-anak.
Rindukan suasana di rumah, dan semestinya rindukan masakan Melayu!
Petugas-petugas Rayhar mengedarkan kerusi roda bagi sesiapa memerlukan.
Teringat akan Fatin dan Faiz, sepupu yang berusia 9 dan 11 tahun, main kerusi
roda tok masuk dan keluar lif. Akibatnya, lif tersebut tidak boleh naik dan
turun. Tiba tiba, petugas hotel datang dan marah dengan bahasa yang tidak
difahami. Dek kerana takut, Fatin tertinggal kerusi roda tok ke dalam lif dan
lif telah tertutup. Apakah...
Sungguhlah,
hati merintih ketika tawaf Wada’. Walaupun ketika itu di baru sahaja usai solat
Zohor dan matahari terang benderang di atas, member sinat dan kehangatan, mata
tidak mahu lepas daripada memandang kea rah Kaabah. Terdapat juga bangsa arab
yang baik hati, menyediakan cawan plastik berserta air zam-zam sambil berdiri
di celah-celah umat manusia yang sedang tawaf. Menghulurkan kepada mereka yang
haus.
|
Di Jabal Rahman. Faiz duk jerit "Ade doh! Ade doh! manalah Bangla tu pahe.. |
|
Bersama penjual Arab, hypermarket |
|
Laut Merah, Jeddah. Baru ku tahu Jeddah di tepi pantai rupanya. | Menuju ke Terminal Haji |
|
adik dan kakak melakukan ibadat umrah |
|
Di Jabal Uhud |
|
Masji Nabawi di malam hari |
|
Tawaf Widak |
|
Faiz di masjid nabawi |
|
Semasa tawaf wadak |
|
di gua Thur, tempat Rasulullah bersembunyi semasa peristiwa Hijrah |
|
Tempat minum air zam-zam. Ada yang telah disejukkan. Maha suci Allah, air zam zam tak pernah kering. |