nak sangat tengok masjid haram setelah baru kebah dari demam 1st |
Ketika
melakukan ziarah luar seperti ke Jabal Uhud, Perkuburan Baqi’ dan Pasar Kurma mahupun
ketika di dewan makan hotel Dallah Taibah, ustaz Abdulhadi Amin selaku mutawwif
kami sering bercerita mengenai kisah-kisah perjuangan para sahabat dan
Rasulullah di bumi Madinah dan Makkah. Mengalir air mata jemaah Rayhar apabila
mendengar ucapan ustaz Abdulhadi yang sarat keindahan bahasa serta dari sudut
penyampaian yang menyentuh perasaan terutamanya ketika di Jabal Uhud dan di
hadapan Makam Rasulullah serta dua sahabatnya(bahagian luar) SubhanaAllah.
Allah merahmatinya barangkali.
Ziarah
Raudhah merupakan ziarah yang paling menuntut kesabaran yang tinggi. Jemaah
dari Asia akan dikumpulkan di suatu sudut sebelum masuk ke Raudhah. Hal ini
mungkin kerana mengelakkan kematian akibat dipijak oleh jemaah dari Tanah Arab
kerana saiz mereka lebih besar berbanding saiz orang Asia. Setelah hampir 3 jam
menunggu, akhirnya kami dibenarkan masuk bersama agensi masing-masing. Sebaik
sahaja melalui karpet hijau(raudhah dan luar raudhah dipisahkan melaului karpet
berwarna hijau dan merah) sedaya mungkin berbaik sangka dek kerana ditolak
ditarik oleh jemaah-jemaah dari Indonesia terutamanya yang berebut tempat untuk
solat sunat. Sebanyak mungkin hati ini berdoa agar Allah memperluaskan Raudhah.
Alhamdulillah, atas bantuan ustazah mutawwif Rayhar, saya berpeluang bersolat
sunat di sana dan merasai ketenangan yang tak dapat digambarkan. Taman Syurga.
Allahuakbar. SubhanaAllah.
Bahagian luar Masjid Nabawi |
Setiap
kali masuknya Solat fardhu, maka penuhlah ruang masjid bahagian wanita yang
seluas SMKAA dengan jemaah dari seluruh pelusuk dunia. Betapa istiqamahnya
penduduk di mengerjakan solat.
Difahamkan juga bahawa waktu solat merupakan waktu rehat bagi pekerja
tempatan. Tak termasuk bahagian lelaki yang lebih besar berbanding ruangan
solat wanita.
Adik bersama salah satu pintu yang di sadur dengan emas |
di hadapan masjid nabawi; pasar yang menjual pelbagai pakaian, makanan |
Jalan jalan di sekitar masjid haram |
Suasana di malam hari |
Ketika
di Masjid Haram, melihatkan semua manusia tanpa mengira warna, bangsa, mazhab
dan darjat bersama-sama berkongsi satu akidah iaitu lailahaillah membuatkan
saya berasa bersyukur atas nikmat dilahirkan dalam keluarga Islam. Sering saya
dengari Sesuatu yang kita anggap granted taklah seindah golongan lain yang
“meperoleh” Islam setelah “mencuba” pelbagai agama yang lain. Hati ini tidak
putus putus agar rakan-rakan bukan Islam kembali ke agama ini. Pernah sekali,
saya terlihat seorang lelaki menggunakan papan luncur ketika tawaf. Lelaki
tersebut tempang kedua-dua belah kakinya.
Penghulu
segala hari, Jumaat bersamaan dengan 21 Mac, saya diserang demam panas. Mungkin
kerana terlalu penat ketika berada di Gua Thur dan mendaki Jabal Rahman
barangkali. Petang tu, Haji Nasir, anak pasangan dari Kelantan yang dilahirkan
di Tanah Arab merangkap petugas Rayhar membawa saya ke Klinik Al-Faraj. Setelah
diperiksa, dan mendapat dua suntikan sampai ke hari ini terasa sakitnya,
kebetulan telah masuk waktu Maghrib, 6:30 petang. Langsung terlihat seorang
pegawai menghamparkan karpet dan bersolat jemaah di ruangan kosong di hadapn kaunter.
Allahu...
Keseokan
harinya, kami menuju ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat umrah sunat dan
seterusnya ke Ladang Unta.Agak teruja kami melihat akan unta-unta yang dapat
bertahan mengenai suasana panas di padang pasir.Terdapat juga majikan di sana
yang menjual susu unta berharga SR5 dan air kencing unta berharga SR20. Banyak
fadilat kedua-dua minuman tersebut. Ya, air kencing unta merupakan minuman
untuk mengubati sesetengah penyakit.
hadapan makam Rasulullah(hijau) dan sahabat.(kubah putih tempat imam bersolat |
Dua jam
sebelum Zohor. Masa tu semua orang ceria tetapi masing masing tahu betapa hati
tidak ingin meninggalkan Tanah Hara mini. Barangkali rindukan anak-anak.
Rindukan suasana di rumah, dan semestinya rindukan masakan Melayu!
Petugas-petugas Rayhar mengedarkan kerusi roda bagi sesiapa memerlukan.
Teringat akan Fatin dan Faiz, sepupu yang berusia 9 dan 11 tahun, main kerusi
roda tok masuk dan keluar lif. Akibatnya, lif tersebut tidak boleh naik dan
turun. Tiba tiba, petugas hotel datang dan marah dengan bahasa yang tidak
difahami. Dek kerana takut, Fatin tertinggal kerusi roda tok ke dalam lif dan
lif telah tertutup. Apakah...
Sungguhlah,
hati merintih ketika tawaf Wada’. Walaupun ketika itu di baru sahaja usai solat
Zohor dan matahari terang benderang di atas, member sinat dan kehangatan, mata
tidak mahu lepas daripada memandang kea rah Kaabah. Terdapat juga bangsa arab
yang baik hati, menyediakan cawan plastik berserta air zam-zam sambil berdiri
di celah-celah umat manusia yang sedang tawaf. Menghulurkan kepada mereka yang
haus.
Di Jabal Rahman. Faiz duk jerit "Ade doh! Ade doh! manalah Bangla tu pahe.. |
Bersama penjual Arab, hypermarket |
Laut Merah, Jeddah. Baru ku tahu Jeddah di tepi pantai rupanya. | Menuju ke Terminal Haji |
adik dan kakak melakukan ibadat umrah |
Di Jabal Uhud |
Masji Nabawi di malam hari |
Tawaf Widak |
Faiz di masjid nabawi |
Semasa tawaf wadak |
di gua Thur, tempat Rasulullah bersembunyi semasa peristiwa Hijrah |
Tempat minum air zam-zam. Ada yang telah disejukkan. Maha suci Allah, air zam zam tak pernah kering. |